Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Asia

Makhluk Halus Kembali Menganggu Dalam Trailer “Makmum 2”


Selepas filem pertama mencapai kejayaan luarbiasa pada tahun 2019, Makmum kembali dengan ansuran kedua yang kini telahpun memasuki pawagam tempatan.

Filem kali ini mengisahkan tentang Rini, yang pulang ke kampung selepas kematian suami dan makcik yang telah membesarkannya. Ketika pulang ke kampung, satu-satunya anak lelaki Rini, Hafis pula hilang dan dijempui tidak sedarkan diri di dalam hutan. Rini berjuang seorang diri menyelamatkan satu-satunya ahli keluarganya, sehingga dia kehilangan akal mengikuti petunjuk Makmum, makhluk halus yang menganggunya. Tanpa menyedari dia telah menjerumuskan anaknya dalam bahaya. 

Makmum 2 diarahkan oleh Guntur Soeharjanto dan dibintangi pelakon seperti  Titi Kamal, Samuel Rizal, Marcella Zalianty dan ramai lagi. 

Filem sekuel ini diterbitkan oleh MD Pictures dan diedarkan untuk pasaran Malaysia oleh Antenna Entertainments. Jangan lupa saksikan Makmum 2 di pawagam berdekatan anda mulai 13 Januari 2022.


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee