Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Asia

Pelajar vs. Zombi Dalam Teaser Rasmi “All of Us Are Dead”

Netflix telah mendedahkan teaser trailer rasmi All of Us Are Dead. Siri zombi terbaru Korea Selatan ini akan dilancarkan pada 28 Januari ini.

Video trailer itu bermula dengan dua pelajar ketika mereka cuba sedaya upaya untuk meyakinkan polis tentang serangan zombi yang berterusan di sekolah mereka. Ia menonjolkan perjuangan watak-watak muda untuk terus hidup ketika mereka terperangkap di tengah-tengah kiamat.


Anda boleh tonton trailer dibawah:

Berdasarkan novel grafik webtoon popular karya Joo Dong-Geun terbitan tahun 2009, All of Us Are Dead mengisahkan sekumpulan pelajar yang terperangkap di sekolah menengah yang mendapati diri mereka berada dalam situasi yang agak teruk ketika mereka berusaha untuk diselamatkan daripada pencerobohan zombi di sekolah mereka. 

Siri ini bersedia untuk membuka lembaran baru dalam sejarah zombi dengan kisah remaja yang berani yang berjaya mencari cinta dan persahabatan walaupun di tengah-tengah apokalips zombi.

Barisan pelakon terdiri daripada pelakon muda termasuklah Yoon Chan-Yeong (Mama) sebagai Cheong-san, Park Ji-Hu (House of Hummingbird) sebagai On-jo, Cho Yi-Hyun (Metamorphosis) sebagai Nam-ra, Lomon (Bleak Night) sebagai Su-hyeok, dan Yoo In-Soo (School 2017) sebagai Gwi-nam. Menyertai mereka ialah Lee You-Mi dan Lim Jae-hyeok.

All of Us Are Dead diarahkan bersama oleh Lee JQ (Beethoven Virus, Intimate Strangers) dan Kim Nam-Su daripada skrip yang ditulis oleh Chun Sung-Il. Ia adalah produksi oleh Film Monster.

Related posts

THE ZONE: Survival Mission, Rancangan Varieti Korea Baharu Akan Tiba Pada Disney+ Hotstar Day

Zulaikha

Pelakon “Itaewon Class,” “Love In The Moonlight,” & “The Sound Of Magic” Bersatu Dalam Poster Untuk Rancangan Varieti Baharu

Zulaikha

“How Do You Play?” No. 1 Dalam Ranking Reputasi Jenama Rancangan Variety Untuk Bulan Ogos

Zulaikha

“Emergency Declaration” Lepasi 1 Juta Penonton Dalam Tempoh Kurang 4 Hari

Zulaikha

“Hansan: Rising Dragon” Berjaya Lepasi 4 Juta Penonton

Zulaikha

Siri Asli Disney/Pixar CARS ON THE ROAD Akan Membuat Debut Pada Hari Disney+ Hotstar, 8 September Ini

Kakimuvee

Leave a Comment