Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Dua Sekuel “Red Notice” Sedang Dirancang, Trio Utama Dijangka Kembali

Susulan kejayaan debut Red Notice pada November yang lalu, Netflix telah memulakan perancangannya untuk mengembangkan filem itu menjadi francais filem aksi yang besar.

Menurut Deadline, perkhidmatan streaming terkemuka itu kini sedang dalam peringkat awal rundingan untuk menghasilkan dua sekuel Red Notice, dengan Ryan Reynolds, Dwayne Johnson dan Gal Gadot dijangka akan kembali.

Netflix berharap dapat memulakan penggambaran pada awal tahun depan. Walau bagaimanapun, ia masih bergantung pada jadual tiga bintangnya yang sudah padat. Ketiga-tiga mereka akan berkerja untuk projek individu berprofil tinggi termasuklah Deadpool 3 untuk Ryan Reyonds, Wonder Woman 3 untuk Gal Gadot dan Black Adam untuk Dwyne Johnson.

Sumber Deadline mendedahkan bahawa Rawson Marshall Thurber telah pun mula menulis skrip untuk sekuel. Sebagai tambahan kepada trio terkemuka itu, Netflix juga dijangka menambah watak baru bagi membina kumpulan perompak ala francais Ocean’s Eleven. 

Kedua-dua sekuel Red Notice sekali lagi diterbitkan oleh Johnson, Hiram Garcia, dan Dany Garcia menerusi sepanduk Seven Bucks Productions bersama Beau Flynn untuk Flynn Pictures Co dan Rawson Marshall Thurber. Scott Sheldon akan berkhidmat sebagai penerbit eksekutif. 

Filem aksi rompak komedi Red Notice dicipta khusus untuk tiga watak utama, Johnson, Reynolds dan Gal Gadot. Sejak ditayangkan, ia telah menjadi filem paling banyak ditonton di Netflix dengan lebih 200 juta jam distrim sepanjang 28 hari pertamanya.

Related posts

“Guardians of the Galaxy Vol. 3” Akan Menjadi Yang Terakhir Buat Pasukan Superhero Galaksi MCU

Kakimuvee

Poster Terbaru “The Batman” Mempamerkan Penguin dan Riddler

Kakimuvee

“Mortal Kombat 2” Kini Sedang Dibangunkan, Jeremy Slater Jadi Penulis

Kakimuvee

Dwayne Johnson Bangunkan Filem Adaptasi Permainan Video Terbaru

Kakimuvee

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee