Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Lovers Of The Red Sky” Mengekalkan Kedudukan Pertama, Rating “The King’s Affection” Sedikit Menurun


Persaingan dua drama sejarah diteruskan pada minggu ini. 

Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod terbaru drama SBS Lovers of the Red Sky telah berjaya memperoleh rating 8.9 peratus, peningkatan 0.1 peratus berbanding episod minggu lalu (8.8 peratus). Drama ini terus mempertahankan kedudukan pertama dalam senarai drama petang Isnin-Selasa. Lovers of the Red Sky boleh di strim di perkhidmatan streaming Viu

Sementara itu, drama sejarah terbaru KBS 2TV, The King’s Affection telah merekodkan purata rating 6.5 peratus untuk episod ketiga, sedikit penurunan berbanding episod sebelumnya yang merekodkan rating 6.7 peratus. 

The King’s Affection menceritakan kisah pencintaan terlarang antara Yi Hwi (Park Eun-bin), yang menyamar sebagai saudara kembar putera mahkota yang sudah meninggal dunia, dan tutor putera mahkota, Jung Ji-un (Rowoon). Drama terbaru ini boleh di strim di Netflix.

Drama tvN High Class telah mencapai purata rating 4.3 peratus dan kemuncaknya 5.4 peratus, menjadikan rancangan TV Kabel yang paling ramai penonton di slot waktunya. Drama ini tidak disiarkan pada minggu lalu kerana memberi laluan kepada siaran bola sepak kelayakan Piala Dunia. 


Dibintangi Cho Yeo-Jeong, Kim Ji-Soo,  Ha Joon, Park Se-Jin dan Gong Hyun-joo, High Class boleh ditonton di saluran K-Plus (Astro GO  Saluran 396 HD), setiap hari Selasa dan Rabu, jam 9.15 malam.

KBS 2TV’s new historical drama “The King’s Affection” recorded average nationwide viewership ratings of 6.5 percent for episode 3. This was a slight drop from the previous episode’s record of 6.7 percent.

tvN’s “High Class” achieved average nationwide viewership ratings of 4.3 percent with a peak of 5.4 percent, making it the most watched cable TV program in its time slot. The drama did not air the previous week on October 12 due to the live broadcast of the World Cup preliminaries.


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee