Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Walt Disney telah mengumumkan perubahan tarikh tayangan untuk beberapa filem Marvel Cinematic Universe yang merangkumi penundaan filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness, Thor: Love and Thunder, Black Panther: Wakanda Forever, The Marvels, dan Ant-Man and the Wasp: Quantumania

Doctor Strange pada awalnya ditetapkan tayangan pada 25 Mac 2022, dan kini akan dilancarkan dua bulan lebih lewat iaitu pada 6 Mei 2022. Perubahan tarikh Doctor Strange telah menolak Thor: Love and Thunder ke tarikh baru, iaitu pada 8 Julai 2022, manakala Wakanda Forever, yang tarikhnya telah diambil Thor, akan ditayangkan pada 11 November 2022.  


Filem lain yang turut ditukar tarikh tayangan adalah The Marvel, yang kini ditetapkan pada 17 Februari 2023, dan filem aksi-komedi lakonan Paul Rudd, Ant-Man and the Wasp: Quantumania, iaitu pada 28 Julai 2023

Selain itu, dua filem Marvel tanpa judul kini telah dikeluarkan dari jadual tayangan, manakala satu lagi filem marvel tanpa judul telah diberi tarikh baru iaitu pada 3 November 2023. 

Related posts

[VIDEO] “Kutip RM12.2 Juta, Tapi “Mat Kilau” Masih Belum Untung” – Mawi Beri Penjelasan

Kakimuvee

[VIDEO] Nathalie Emmanuel Terperangkap Dalam Perkahwinan Pontianak Dalam Trailer “The Invitation”

Kakimuvee

HBO Dedah Poster Rasmi “House of the Dragon”

Kakimuvee

Temuera Morrison Teruja Dapat Muncul Dalam Siri “Obi-Wan Kenobi”

Kakimuvee

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Leave a Comment