Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Go Ara Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru

Selepas lama menyepi dalam industri perfileman, bintang siri popular Black, Go Ara, dilaporkan bakal muncul dalam filem terbaru.

Menurut laporan Soompi, Go Ara telah menerima tawaran untuk membintangi filem Sad Tropics (tajuk literal) dan kini sedang “meneliti tawaran tersebut, dan kemunculannya dalam filem itu masih belum diputuskan.”


Sad Tropics adalah kisah mengenai seorang lelaki yang mempunyai ayah Korea dan ibu Filipina. Dia memasang impian untuk menjadi peninju dan datang ke Korea untuk mencari ayahnya yang meninggalkannya. Dalam pencarian tersebut, dia bertemu dengan beberapa orang jahat dan mengalami pelbagai situasi.

Filem terbaru ini akan diarahkan oleh penerbit pengarah (PD) Park Hoo Jung, yang telah menghasilkan beberapa filem hit seperti New World, V.I.P, dan The Witch: Part 1. The Subversion. 

Sekiranya Go Ara menerima tawaran, ini merupakan filem pertamanya dalam tempoh lima tahun sejak Phantom Detective. 

Related posts

Song Joong Ki Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Noir Terbaru

Zulaikha

Jeon Do Yeon & Jung Kyung Ho Disahkan Membintangi Drama Rom-Com “One Shot Scandal”

Zulaikha

“The Witch: Part 2. The Other One” Lepasi 1 Juta Penonton Dalam Tempoh 4 Hari Tayangan

Zulaikha

“The Roundup” Atas Kutipan “Avengers: Age Of Ultron” Di Korea Selatan, Melangkaui 11 Juta Penonton

Zulaikha

Gambar Terbaru “Emergency Declaration” Yang Menampilkan Song Kang Ho, Lee Byung Hun, Im Siwan & Ramai Lagi

Zulaikha

Netflix Perbaharui Siri Popular Korea “Sweet Home” Untuk Dua Musim Lagi

Kakimuvee

Leave a Comment