Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Lee Seo Jin & Ra Mi Ran Bintangi Drama Komedi Terbaru


Lee Seo Jin dan Ra Mi Ran kembali bergandingan dalam drama terbaru, Internal Medicine Director Park (tajuk literal).

Berdasarkan webtoon dengan nama yang sama, Internal Medicine Director Park adalah drama komedi berorientasikan realiti yang menggambarkan kehidupan “lucu dan sedih” seorang doktor. Director Park bermimpi untuk menjadi doktor sebenar, tetapi dia tersepit antara seni perubatan dan kemampuan perniagaannya di klinik dengan hampir tidak ada pesakit.

Cerita ini akan memberikan tawa dan empati yang menyenangkan dengan kisahnya yang cuba untuk bertahan. Selain itu juga, drama ini akan memaparkan kehidupan seharian para doktor kejiranan yang memiliki klinik di bangunan perubatan yang penuh dengan klinik dan farmasi.

Lee Seo Jin, yang membawa peranan komedi pertamanya, akan memainkan peranan sebagai Director Park, seorang doktor perubatan dalaman yang berangan untuk menjadi kaya dan dihormati. Dia adalah pencari nafkah biasa yang berusaha untuk menunjukkan layanan pelanggan yang baik dan mengalami keguguran rambut kerana sering tertekan dengan pekerjaannya. 

Ra Mi Ran, yang terkenal dalam drama dan filem komedi, akan memainkan watak isteri Director Park yang kekok, Sa Mo Rim. Dia lebih mempercayai doktor di TV dan ilmu pseudosains daripada suaminya.


Drama ini akan ditulis dan diterbitkan oleh Seo Joon Beom, yang akan mempersembahkan komedi jenis baru dengan format yang menyegarkan. Internal Medicine Director Park akan dilancarkan pada separuh kedua tahun ini. 

Sumber: Soompi


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee