Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Disney+ Akan Dilancarkan Di Korea Selatan, Hong Kong & Taiwan Pada November 2021

Semasa panggilan kewangan Q3 pagi ini, Walt Disney Company mengumumkan tarikh pelancaran perkhidmatan streaming Disney+ di Korea Selatan, Hong Kong dan Taiwan, iaitu pada November 2021. Kandungan hiburan umum Disney+ Jepun juga akan diperluaskan menjelang Oktober 2021.

Perkhidmatan penstriman Disney+ kini tersedia di Australia, New Zealand, Jepun, Singapura, India, Malaysia, Indonesia dan Thailand.

“Maklumbalas terhadap Disney+ di seluruh Asia Pasifik telah melebihi jangkaan kami, kerana pengguna mencari pelbagai jenis hiburan dan tertarik dengan portfolio jenama dan francais kami,” kata Luke Kang, Presiden, The Walt Disney Company Asia Pasifik.

“Kami berpuas hati dengan pertumbuhan pelanggan dan perkongsian yang terjalin di pasaran, dan berharap dapat berinteraksi dengan lebih banyak pengguna di seluruh rantau ini melalui penceritaan, keunggulan kreatif dan penyampaian kandungan yang tiada tandingannya.”

Di Thailand, perkhidmatan penstriman Disney+ telah menduduki tangga teratas di stor aplikasi sejak dilancarkan pada 30 Jun 2021, dan di Indonesia dan Malaysia, perkhidmatan tersebut merupakan perkhidmatan SVOD (video langganan atas permintaan) terkemuka.

Disney+ menawarkan pilihan filem dan episod kandungan yang mengagumkan dari Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, National Geographic dan Star, yang merangkumi beberapa kandungan tempatan dan serantau.

Perkhidmatan penstriman ini adalah rumah eksklusif untuk kandungan dan rancangan istimewa Disney+ Originals, termasuklah dari Marvel Studios seperti WandaVision, Loki dan The Falcon and The Winter Soldier, Star Wars seperti siri The Mandalorian, Disney dan Pixar seperti Luca, National Geographic seperti Secrets of the Whales, dan banyak lagi. 

Star menawarkan banyak kandungan hiburan umum, dari kegemaran ramai hinggalah kandungan baru yang asli dan eksklusif. Disney+ kini tersedia di 61 buah negara dan 21 bahasa di seluruh Amerika Utara, Eropah, Asia Pasifik, dan Amerika Latin.

 

Related posts

Pelakon “Moon Knight” Gaspard Ulliel Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Ski

Kakimuvee

Netflix Lancar Teaser Rasmi Siri Sekuel “Vikings: Valhalla”

Kakimuvee

Saksikan Reaksi Ethan Hawke & Oscar Isaac Terhadap Trailer “Moon Knight”

Kakimuvee

‘Dendam Telah Tiba’ Dalam TV Spot Terbaru “The Batman”

Kakimuvee

Denzel Washington Sahkan Projek Seterusnya Adalah “The Equalizer 3”

Kakimuvee

Andrew Garfield Berbohong Pada Emma Stone Tentang Kepulangannya Sebagai Spider-Man

Kakimuvee

Leave a Comment