Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Venom: Let There Be Carnage Ditunda… Sekali Lagi

Sony sekali lagi menunda tarikh tayangan Venom: Let There Be Carnage. 

Selepas ditunda beberapa kali disebabkan pandemik Covid-19, studio Sony Pictures membuat keputusan untuk menukar tarikh tayangan filem kedua Venom itu dari 24 September ke 15 Oktober 2021. Tarikh baru itu menyaksikan Venom: Let There Be Carnage akan berentap dengan filem Halloween Kills dan The Last Duel. 

Tom Hardy kembali meneruskan peranannya sebagai Eddie Brock bersama Michelle Williams sebagai Anne Weying. Watak penjahat utama Cletus Kasady aka Carnage, telah diperkenalkan dalam filem pertama Venom menerusi babak kredit. Calon Oscar, Naomie Harris turut menyertai barisan pelakon dengan memainkan watak Shriek, sekutu kepada Carnage. 

Filem sekuel ini diarahkan oleh Andy Serkis dari lakon layar yang ditulis oleh Kelly Marcel, berdasarkan cerita olhe Hardy dan Marcel. Penerbit terdiri daripada Hardy, Marcel, Avi Arad, Matt Tolmach, Amy Pascal dan Hutch Parker. 

Related posts

Denzel Washington Sahkan Projek Seterusnya Adalah “The Equalizer 3”

Kakimuvee

Andrew Garfield Berbohong Pada Emma Stone Tentang Kepulangannya Sebagai Spider-Man

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Debut Treler Baharu Untuk Siri Marvel Studios “Moon Knight”

Kakimuvee

Nick Creegan Mengambil Inspirasi Dari Jared Leto Untuk Lakonkan Watak Joker

Kakimuvee

Leslie Grace Kongsi Gambar Pertama Barbara Gordon Dengan Sut Penuh Batgirl

Kakimuvee

Poster & Gambar Terbaru ” Uncharted” Goda Aksi Yang Mendebarkan

Kakimuvee

Leave a Comment