Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Klip Terbaru Venom: Let There Be Carnage Goda Transformasi Cletus Kasady


Menjelang tayangan global filem yang dinantikan, Venom: Let There Be Carnage, Sony Pictures telah melancarkan klip terbaru untuk sekuel filem Marvel itu.

Klip The Venom: Let There Be Carnage menampilkan penjahat Cletus Kasady, lakonan Woody Harrelson, yang akan mati di hadapan keluarga mangsa-mangsa masa lalunya. Namun, pelaksanaan hukuman matinya tidak berjalan seperti yang dirancang apabila symbiote melekat pada dirinya, menyebabkan dia melepaskan Carnage yang sangat menakutkan.

Sebagai tambahan kepada klip, video belakang tabir terbaru juga telah dilancarkan, yang menampilkan pelakon-pengarah Andy Serkis ketika dia berbicara tentang persahabatan yang unik antara Eddie dan Venom, yang mana kedua-duanya saling berbalah kerana niat mereka yang berbeza.

Lebih dari setahun selepas peristiwa Venom (2018), wartawan penyiasat Eddie Brock berjuang untuk menyesuaikan diri dengan kehidupannya sebagai hos kepada simbiote asing, Venom, yang memberikannya kemampuan manusia super yang sangat merbahaya. Brock cuba menghidupkan kembali kariernya dengan menemubual pembunuh bersiri Cletus Kasady, yang menjadi hos Symbiote Carnage dan melarikan diri dari penjara setelah pelaksanaan hukuman mati yang gagal.

Tom hardy kembali ke layar lebar sebagai pelindung maut, Venom, salah satu watak Marvel yang paling hebat dan paling kompleks. Diarahkan oleh Andy Serkis, filem ini turut dibintangi Michelle Williams, Naomie Harris dan Woody Harrelson, yang akan memainkan watak penjahat utama Cletus Kasady aka Carnage.


Lakon layar ditulis oleh Kelly Marcel, berdasarkan cerita oleh Tom Hardy dan Marcel. Hardy turut berkhidmat sebagai penerbit bersama Avi Arad, Matt Tolmach, Amy Pascal dan Hutch Parker. 

Venom: Let There Be Carnage akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada 11 November ini.

Strim Venom (2018)

Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee