Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Black Widow Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar 6 Oktober Ini

Pada 6 Oktober ini, saksikan filem pengintipan yang penuh aksi dengan rahsia segar, sekutu dan musuh yang tidak dapat dihentikan ketika pelancaran filem terbaru Marvel Studios, Black Widow, di Disney+ Hotstar! 

Dalam filem pertama Fasa Empat Marvel Cinematic Universe (MCU), ketika muncul konspirasi berbahaya dan kaitannya dengan masa lalunya, Natasha Romanoff aka Black Widow mesti menghadapi bahagian gelap dari kisah hidupnya. Didorong oleh kekuatan yang tidak akan berhenti untuk menjatuhkannya, Natasha harus menghadapi masa lalunya dan menangani konflik yang belum selesai dan hubungan yang rosak yang ditinggalkannya sebelum dia menjadi Avenger.

Saksikan Scarlett Johansson yang meneruskan peranannya sebagai Natasha Romanoff / Black Widow, disamping Florence Pugh sebagai Yelena, David Harbour sebagai Alexei/The Red Guardians dan Rachel Weisz sebagau Melina.

Filem Marvel Studios Black Widow diarahkan oleh Cate Shortland dan diterbitkan oleh Kevin Feige.

Rakyat Malaysia boleh strim rancangan dan filem kegemaran mereka sekarang dengan melanggan perkhidmatan Disney+ Hotsta  di DisneyPlusHotstar.my atau melalui aplikasi Disney+ Hotstar pada peranti Android dan iOS, dengan harga RM54.90 selama tiga bulan *.

Akses Disney+ Hotstar di Astro dengan tawaran hebat. Pelanggan Astro Movies Pack (CH411 – CH416) mesti mengaktifkan melalui astro.com.my/Disney untuk segera memulakan streaming Disney+ Hotstar.

Related posts

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

Leave a Comment