Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

The CW Bangunkan Reboot Babylon 5, Michael Straczynski Kembali Sebagai Penulis

Setelah lebih dari 20 tahun sejak Babylon 5 mengakhiri siaran lima musimnya, Deadline melaporkan bahawa The CW kini sedang dalam proses untuk membangunkan reboot siri ‘space opera’ 90-an terkenal ini. Siri reboot ini akan diketuai pencipta asal, J. Michael Straczynski, yang sekali lagi akan berkhidmat sebagai penulis

Digambarkan sebagai “reboot-dari-bawah”, adaptasi baharu ini akan diterbitkan oleh Straczynski melalui syarikat penerbitanya, Studio JMS. Selain Babylon 5, dia juga terkenal dengan karya sains fiksyen popular Netflix, Sense8. Siri reboot yang akan datang diterbitkan oleh Warner Bros. Television.

Sinopsis:

“Reboot ini akan berpusat di sekitar John Sheridan, seorang pegawai Earthforce dengan latar belakang misteri, yang ditugaskan ke Babylon 5, sebuah stesen angkasa sepanjang lima batu di ruang angkasa neutral, sebuah pelabuhan untuk pelancong, penyeludup, penjelajah korporat dan diplomat asing di masa damai yang tidak selesa dan ancaman perang yang berterusan.

Kedatangannya telah mencetuskan takdir di luar apa yang dia bayangkan, ketika sebuah syarikat Bumi secara tidak sengaja mencetuskan konflik dengan sebuah peradaban sejuta tahun di hadapan kita. Ini meletakkan Sheridan dan kru Babylon 5 yang lain dalam barisan api, dan harapan terbaik demi kelangsungan hidup umat manusia.”

Siri asal telah disiarkan selama lima musim, dengan 22 episod bagi setiap musim, dari tahun 1994 hingga 1998. Ia dibarisi pelakon seperti Bruce Boxleitner, Michael O’Hare, Claudia Christian, Jerry Doyle, Mira Furlan, Richard Biggs, Andrea Thompson, dan banyak lagi.

Strim Babylon 5: In the Beginning (1998)

Related posts

Hayden Christensen Akan Kembali Sebagai Darth Vader Dalam Siri Star Wars: Ahsoka

Kakimuvee

Trailer The Flash: Armageddon Mengusik Acara Crossover 5-Bahagian

Kakimuvee

Produksi Secret Invasion Telah Bermula

Kakimuvee

[VIDEO] Hawkeye Tayang Dua Episod Pertama Pada 24 November, TV Spot Terbaru Telah Dilancarkan

Kakimuvee

Succession Kembali Untuk Musim Ketiga Pada 18 Oktober Secara Eksklusif Di HBO GO & HBO

Kakimuvee

Teaser Hanna Musim 3 Goda Tarikh Pelancaran Untuk Siri Aksi Drama Amazon

Kakimuvee

Leave a Comment