Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

KL Special Force Catat Kutipan Hampir RM5 Juta


Filem terbaru arahan Syafiq Yusof, KL Special Force mencipta rekod baru buat studio Skop Production apabila berjaya mengutip RM4.7 juta selepas 4 hari ditayangkan. Malah filem aksi polis itu turut mencatatkan kutipan tertinggi pada hari pertama tayangan dengan kutipan hampir mencecah RM 1 juta.

Menurut laporan BH Online, kutipan keseluruhan itu termasuk tayangan “Sneak Preview” yang ditayangkan pada hari Rabu yang lalu, dan kutipan pada tayangan itu telah mengatasi kutipan tiket pada hari pertama filem Abang Long Fadil 2, tahun lalu.

“Terus-terang, saya memang tak jangka kerana filem ini lebih serius, tidak seperti Abang Long Fadil 2 yang mempertaruhkan komedi.

“Harapan saya, biarlah ia terus mendapat sokongan padu kerana saya bimbang juga dengan kemunculan filem ‘blockbuster’, Pacific Rim Uprising dan Lee Chong Wei, selepas ini,” Yusof Haslam, Penerbit KL Special Force.

KL Special Force menyaksikan lakonan hebat Datuk Rosyam Nor bersama-sama bintang popular, Fattah Amin, dan Syamsul Yusof. Ia turut dibantu oleh Tania Hudson, Esma Danial, Sabrina Ali, Ramona Zamzam, Puteri Balqis dan Josiah Hogan. Ia mengisahkan sepasukan anggota polis khas yang ingin menumpaskan kumpulan penjenayah Anarkis dan dalam masa yang sama perlu mengenepikan perbezaan mereka dalam menyelesaikan misi.


KL Special Force masih rancak ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan.


Related posts

Polis Evo 3 Kini Telah Mengumpul RM25 Juta

Kakimuvee

Polis Evo 3 Kaut RM16 Juta Pada Minggu Pembukaan Tayangannya

Kakimuvee

Polis Evo 3 Kutip RM10 Juta Dalam Tempoh 3 Hari Tayangan!

Kakimuvee

Kutipan Polis Evo 3 Meningkat Sehingga RM3.4 Juta

Kakimuvee

Selepas Sebulan “Abang Long Fadil 3” Berjaya Kutip RM24 Juta

Kakimuvee

Datuk Yusof Haslam Bangga Dua Anaknya Warisi Legasi Sebagai Pengarah

Zulaikha