Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Polis Evo 3 Kaut RM16 Juta Pada Minggu Pembukaan Tayangannya


Seperti dijangka, filem terbaru Syafiq Yusof Polis Evo 3 berjaya menguasai pasaran box office tempatan pada minggu pembukaan tayangannya. 

Menurut Astro Shaw, filem ketiga francais Polis Evo itu telah mengutip RM 16 juta selepas 4 hari ditayangkan di pawagam, termasuk tayangan awal. Sebelum ini, tayangan awal filem itu telah mengutip RM1.3 juta, dan kutipannya meningkat sehingga RM3.4 juta apabilla ditayangkan secara rasmi pada Khamis yang lalu. 

Dengan kos pembikinan sekitar RM6 juta, Polis Evo 3 kini berada dalam landasan yang tepat untuk meraih keuntungan sepanjang tayangannya. 

Diarahkan oleh Syafiq Yusof, Polis Evo 3 menyaksikan kepulangan Shaheizy Sam dan Zizan Razak yang meneruskan peranan mereka sebagai Inspektor Khai dan Inspektor Sani. Mereka berdua turut disertai pelakon seperti Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Fauzi Nawawi, Douglas Lim, Nora Danish dan Eyka Farhana.

“Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza,” menurut sinopsis.


“Sebuah letupan di Pulau Pinang yang telah membunuh ratusan mangsa termasuk seorang anggota polis kini dalam siasatan Inspektor Sani dan Khai. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.”

Polis Evo 3 kini sedang ditayangkan di pawagam tempatan. 

REVIEW POLIS EVO 3

 


Related posts

WALID Angkat Isu Penculikan Kanak-Kanak, Sarat Dengan Aksi Seni Mempertahankan Diri Silat

Kakimuvee

Anwar: The Untold Story Menduduki Carta Top 10 Netflix Malaysia

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

‘Liar’ Menang Perak Di ContentAsia Awards Ke-4 

Kakimuvee

Viu Malaysia Raikan Semangat Kemerdekaan Dengan Viu Lokal Lah!  

Kakimuvee

Hairul Azreen Bersara Dari Dunia Lakonan

Kakimuvee