Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kita Berpeluang Melihat Sabertooth Dalam Filem Logan Jika Pelakonnya Tidak..

Salah satu karakter yang paling diingati oleh peminat-peminat filem X-Men ialah Sabertooth dan peminat berharap dapat melihat karakter tersebut kembali muncul dalam mana-mana filem X-Men selepas kali terakhir melihat watak tersebut dalam filem X-Men Origins: Wolverine.Ā 

Sabertooth atau dikenali juga sebagai Victor Creed telah muncul dalam dua filem X-Men dimana yang pertama dalam filem X-Men dan filem kedua X-Men Origins: Wolverine, watak tersebut mendapat peranan yang lebih besar dan penting. Malah watak Sabertooth dalam filem keduanya, wataknya telah dilakonkan olehĀ LievĀ Schreiber dan dijadikan sebagai abang kepada Logan. Walaupun filemĀ X-Men Origin: Wolverine tidak begitu memberangsangkan, tetapi prestasi Liev Schreiber membawakan watak Sabertooth menjadi buah mulut peminat filem X-Men

Pelakon berkenaan mendedahkan dia hampir untuk kembali membawakan watak Sabertooth dan difahamkan Logan adalah filem yang dikatakan bakal dibintangi olehnya.

ā€œThere was an invitation early on from Hugh [Jackman] and [director James Mangold] and I would have loved to work on it. It was very difficult given Ray Donovan’s schedule, and I think they went a different direction as well with story. I think it’s a terrific movie. I’m just very proud of Hugh and the way that he handled himself with that franchise and that character. It was a great experience to be involved with one of them and to get to work with them. I had mixed emotions when I heard that he was going to retire.ā€

Bagaimanapun dia terpaksa menolak tawaran untuk berlakon dalam filem Logan, dan watak Sabertooth telah dibuang dari filem berkenaan disebabkan Liev begitu sibuk berlakon dalam siri Ray Donovan. Cuba bayangkan jika Liev menerima tawaran dan watak Sabertooth ada dalam filem Logan, pasti ia lebih menarik bukan?

Kini masa depan Sabertooth dalam filem-filemĀ X-MenĀ nampak samar sama ada ia akan digunakan pakai dalam filem seterusnya atau tidak. Siapa yang meminati Sabertooth terutamanya watak yang dilakonkan oleh LievĀ Schreiber dalam filemĀ X-Men Origin: Wolverine?

Related posts

Penamat Alternatif ‘John Wick 4’ Telah Dirakam, Tetapi Dibuang Selepas Tayangan Ujian

Kakimuvee

Liv Tyler Akan Kembali Ke MCU Dalam Filem ‘Captain America: New World Order’

Kakimuvee

ZEE5 dan Viu Kini Boleh Diakses di Kedua-dua Astro Ultra dan Ulti Box

Kakimuvee

Box Office: John Wick Lagi Laku Dari Shazam! Fury of the Gods

Kakimuvee

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Leave a Comment