Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Munafik 2: Maya Karin tidak jadi ‘hantu

Kredit: ALEYA AMRI @ malaysianacces

Digelar Ratu Filem Seram, mungkin ramai menyangka aktres jelita, Maya Karin akan menjadi hantu dalam filem terbaru, Munafik 2 yang sedang menjalani proses pembikinan.

Menghidupkan watak Sakinah dalam filem arahan Syamsul Yusof itu, Maya menjelaskan, dia tidak menjadi hantu, sebaliknya ‘diganggu’ mistik dalam filem berkenaan.

Seperkara lagi, Maya berkata, watak Sakinah tiada kaitan dengan karakter Maria yang dibawa Nabila Huda dalam versi pertama Munafik.

“Watak saya tak ada kaitan dengan Maria yang dilakonkan Nabila… dalam Munafik 2, watak Maria sudah mati. Sakinah adalah watak baharu yang diwujudkan… ia tiada kaitan dengan Maria.”

“Memang ramai yang menyangka saya menggantikan Nabila, tapi hakikatnya tidak,” katanya yang pertama kali bekerja di bawah arahan Syamsul dan Skop Productions. Berkongsi pengalaman berada di lokasi Munafik 2, Maya tidak menafikan harapan terbaru Syamsul itu memberi cabaran tersendiri.”

“Saya terima skrip pada minit terakhir. Kebiasaannya, saya mendapat skrip sebulan sebelum penggambaran.”

“Jadi, bolehlah saya membuat persiapan awal. Namun, cara Syamsul begitu… saya perlu ikut rentaknya.”

“Apatah lagi saya sudah lama tak berlakon, kekok juga nak kembali menghangatkan pentas lakonan,”

katanya yang sudah lama teringin bekerja dengan syarikat milik Datuk Yusof Haslam itu.

Related posts

Komen Gal Gadot Mengenai Konflik lsr4el-Palestine Mendapat Kecaman

Kakimuvee

Marvel Studios Dedah Poster Karakter “Black Widow”

Kakimuvee

Netflix Kongsikan Video Featurette ‘Sweet Tooth’

Kakimuvee

Joss Whedon Ugut Mahu Hancurkan Karier Gal Gadot

Kakimuvee

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee

Dave Bautista Akan Bersara Dari Bawa Watak Drax Selepas “Guardians of the Galaxy Vol. 3”

Kakimuvee