Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Kisah Sebenar Disebalik Filem Arahan Steven Spielberg, Saving Private Ryan


Filem perang Saving Private Ryan (1998) arahan Steven Speilberg dianggap sebagai filem perang terbaik yang pernah dihasilkan. Filem tersebut bukan sahaja memaparkan gambaran perang yang agak kejam dan menakutkan, tetapi sebenarnya turut menceritakan kisah yang pernah berlaku kepada anggota tentera Amerika Syarikat (AS), Federick “Fritz” Niland dan juga polisi Jabatan Perang AS ketika itu dalam mengelakkan sesebuah keluarga itu kehilangan semua anak lelaki mereka ketika berlaku perang.

Saving Private Ryan mengisahkan tentang Captan John H. Miller (lakonan Tom Hanks), yang mengetuai salah satu platun tentera semasa pencerobohan D-Day di Normandy, Perancis, ketika penghujung Perang Dunia Kedua. Misi mereka bersama ribuan anggota tentera Berikat pada masa itu adalah untuk merampas kembali Perancis dan menewaskan Nazi.

Beberapa hari selepas berjaya menawan Pantai Omaha (Seperti yang ditunjukkan diawal filem), Captain Miller menerima misi dari pemerintah tertinggi tentera, iaitu selamatkan Private James F. Ryan (lakonan Matt Damon), anggota tentera yang baru sahaja kematian 3 abangnya semasa perang dalam tempoh 1 minggu. Private Ryan ketika itu dikenalpasti sebagai satu-satunya “anak lelaki” yang masih hidup dan Jabatan Perang AS mahu dia diselamatkan dan dihantar pulang. Cuma masalah yang mereka hadapi, kedudukan Private Ryan tidak diketahui dan Captain Miller serta pasukannya ditugaskan untuk mencari askar tersebut yang disyaki berada jauh dibelakang garisan musuh.

Cerita sebenar yang menjadi inspirasi Steven Spielberg dalam penghasilan filemnya itu, telah bermula 2 tahun lebih awal sebelum misi menyelamat ditunjukkan dalam filem Saving Private Ryan. 

Pada 13 November 1942, sebuah kapal perang US, USS Juneau telah ditenggelamkan Jepun semasa ‘Batlle of Guadalcanal’ yang terletak di selatan lautan Pasifik. Antara kelasi yang terbunuh adalah 5 beradik yang dikenali sebagai George, Francis, Joseph, Madison dan Albert Sullivan. Diawal penyertaan 5 beradik dalam pasukan tentera laut AS, mereka telah meminta untuk ditempatkan dalam kapal yang sama. Pihak Tentera Laut AS bersetuju dengan permintaan mereka.


Sullivan Brothers

Ketika itu, pihak tentera AS tiada masalah untuk meletakkan adik-beradik dalam satu unit yang sama, tetapi mereka tidak mengalakannya. Terdapat pegawai tentera yang merasakan, meletakan adik-beradik dalam unit yang sama dapat meningkatkan moral anggota tentera. Tetapi malangnya, kelonggaran yang mereka berikan itu menyebabkan sekurang-kurangnya 30 ‘set’ adik-beradik mati dalam kapal USS Juneau termasuklah 5 beradik Sullivan.

Melihat kejadian tersebut mampu memberi kesan besar kepada keluarga yang kehilangan kesemua anak lelaki mereka. Jabatan Perang AS mengeluarkan satu polisi yang dikenali sebagai “Sole-Survivor Policy” dan kemudiannya dikenali sebagai “Directive 1315.15 Special Separation Policies For Survivorship.”

Polisi yang dikeluarkan itulah telah mendorong kepada usaha untuk menyelamatkan Sargent Frederick “Fritz” Niland pada tahun 1944, salah seorang 4 beradik yang berkhidmat sebagai anggota tentera AS. Kisah Frederick Niland kemudiannya menjadi salah satu inspirasi kepada filem Saving Private Ryan dan juga karakter dalam filem tersebut, James Francis Ryan

Niland Brothers

Sebelum Amerika Syarikat menyertai Perang Dunia Kedua, Preston dan Robert Niland telahpun berkhidmat didalam tentera, manakala Edward dan Federick menyertai tentera semasa November 1942. Disebabkan polisi baru “Sole-Survivor” telah dikuatkuasakan Jabatan Perang AS, Adik beradik Niland tidak ditempatkan dalam unit  yang sama. Edward bertugas sebagai anggota Tentera Udara AS di Pasifik, Robert ditempatkan di Division 82nd Airborne, Preston di unit 4th Infantry Division manakala Frederick di unit 101st Airborne Division, 501st Regiment. Selain Edward, mereka semua ditempatkan di England, menunggu arahan untuk menyerang Eropah.

Tragedi berlaku kepada ibubapa mereka, Michael dan Augusta Niland dimana mereka berdua menerima berita mengenai kematian Edward pada May 1944 apabila pesawat Edward ditembak jatuh dan dipercayai hilang. Kemudian berita mengenai Robert dan Preston pula menyusul apabila mereka terbunuh semasa D-Day. Cuma Federick yang masih hidup dan dia terpisah dari unitnya ketika mendarat di Normandy

[adsforwp id=”16668″]

Selepas pihak tentera menerima berita kematian 3 beradik ini, mereka cuba untuk membawa pulang satu-satunya anak lelaki Niland yang dipercayai masih hidup. Akhirnya seorang paderi dari unit 501st Regiment, Fr. Francis Sampson, telah menjumpai Federick dan meletakkan nama askar tersebut dalam laporannya untuk dibawa pulang ke AS. Federick kemudian berkhidmat sebagai Polis Tentera sehingga perang tamat. Di penghujung perang, keluarga Niland menerima berita gembira apabila Edward yang dainggap mati sebenarnya masih hidup dan ditahan sebagai tahanan perang di Kem POW yang terletak di Burma sebelum dihantang perang.

Saving Private Ryan secara mudah, mewakili polisi Jabatan Tentera AS yang diamalkan semasa Perang Dunia Kedua ketika itu, dimana jika sesebuah keluarga itu kehilangan hampir kesemua anak lelaki ketika perang, satu-satunya yang masih selamat akan dibawa pulang. Itu yang cuba ditunjukkan Spielberg dalam filemnya ini, dimana Captain Miller menerima misi yang tiada berkepentingan dari segi logistik dan strategi ketenteraan. Cuma ia menggambarkan polisi Jabatan Tentera AS pada masa itu yang mahu salah seorang yang masih selamat didalam sesebuah keluarga hendaklah dibawa pulang.

Selain itu juga, Federick Niland yang menjadi inspirasi kepada watak James Frederick Ryan sebenarnya tidak hilang dan tiada misi menyelamat dari mana-mana platun tentera sepertimana yang ditunjukkan dalam filem. Tetapi olahan fiksyen dan kisah yang diinspirasikan oleh Steven Spielberg telah menyampaikan mesej yang sangat kuat mengenai trauma yang dihadapi oleh sesebuah keluarga disebabkan peperangan terutamanya yang melibatkan kematian keseluruhan anak-anak atau adik beradik mereka.


Related posts

10 Rancangan Muslim Yang Anda Boleh Tonton Di Qalbox

Kakimuvee

Balik Kampung Dengan Disney+ Hostar & Bintang-Bintang Tempatan Kegemaran Anda Sempena Raya Ini

Kakimuvee

5 Pelakon Wanita Korea Yang Boleh Bawa Pelbagai Watak

Kakimuvee

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

Review Filem: The Fabelmans (2022)

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha