Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

J.J. Abrams Semakin Hampir Tandatangani Kontrak Bersama WarnerMedia


J.J. Abrams dan syarikat penerbitannya, Bad Robot dilaporkan semakin hampir mencapai kata sepakat berhubungan kontrak penerbitan filem dan televisyen bersama WarnerMedia.

Menurut laporan dari The Hollywood Reporterkontrak diantara kedua-dua syarikat itu akan bernilai $500 juta dolar. Bagaimanapun, WarnerMedia enggan mengulas lanjut mengenai berita tersebut.

Sebelum ini, WarnerMedia dan Apple dilaporkan bersaing untuk mendapatkan khidmat penerbit popular Hollywood itu. Kedua-dua syarikat besar berkenaan bakal melancarkan laman streaming mereka tahun ini dan sudah tentu ia memerlukan khidmat penerbit hebat seperti J.J Abrams untuk mengeluarkan bahan siaran.

Beliau pernah mengarah dua filem Star Wars (Force Awaken dan filem akan datang, Rise of Skywalker), dua filem ‘reboot’ Star Trek yang dianggap filem ‘reboot’ yang berjaya, filem Mission: Impossible III serta beberapa filem lain. Beliau juga merupakan penerbit siri popular Lost untuk ABC, siri HBO, Westworld dan siri akan datang, Lovecraft Country.

Jika kerjasama diantara J.J. Abrams dan WarnerMedia telah disahkan, beliau akan menjadi penerbit termahal yang menandatangani kontrak produksi dengan syarikat laman ‘streaming’. Sebelum ini, Netflix mengikat penerbit Shonda Rhimes dengan kontrak bernilai $150 juta dolar pada 2017 dan Ryan Murphy dengan kotrak lebih dari $300 juta dolar.



Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

J.J. Abrams Terbitkan Filem Keempat “Star Trek,” Semua Pelakon Asal Akan Kembali

Kakimuvee

DON’T MISS THE BEST STREAMING HIGHLIGHTS THIS OCTOBER

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee