Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

K-Drama Misteri Thriller “Grid” Akan Membuat Debut Di Disney+ Hotstar Pada 16 Februari Ini


Pada 16 Februari, penonton Disney+ Hotstar dijemput untuk menyaksikan siri baharu dari Korea Selatan Grid yang sangat dinanti-nantikan. 

Berpusat di sekeliling sekumpulan orang yang menjejaki tokoh misteri yang hanya dikenali sebagai “Ghost,” setiap individu dan organisasi kerajaan yang misteri mesti bekerjasama untuk menjejaki individu itu dan mendedahkan sebabnya. 24 tahun selepas mencipta sistem Grid yang melindungi planet dari angin suria yang dahsyat, “Ghost” kini adalah rakan sejenayah seorang pembunuh. 

Menampilkan barisan bertaraf bintang, di dalam dan di luar skrin, Grid ditulis oleh penulis skrip terkenal Lee Soo-Yeon (Stranger, Life) dan diarahkan oleh Lee Khan (The Divine Move 2: The Wrathful) dan Park Cheol-hwan. Ia dibintangi pelakon popular seperti Seo Kang-jun, Kim A-joong, Kim Moo-yul, Kim Sung-kyun dan Lee Si-young.

Sebuah siri asli Disney+ Hotstar, di bawah sepanduk Star, Grid menampilkan Kim Sae-Ha (Seo Kang-jun), seorang pekerja agensi kerajaan misteri yang hanya dikenali sebagai “Biro,” yang telah menghabiskan 24 tahun yang lalu menjejaki “Ghost”, menunggu kemunculan mereka seterusnya.

Turut menjejaki “Ghost” adalah detektif polis Jung Sae-byeok (Kim A-joong) yang diseret ke dalam pemburuan selepas menemui petunjuk berkaitan kes yang menemui jalan buntu. Persoalan dan ketegangan bertimpa-timpa apabila kedua-duanya cuba menangkap “Ghost”, masing-masing dengan motif mereka yang tersendiri, tetapi apakah rahsia dan kebenaran yang akan mereka temui di sepanjang jalan?


Menawarkan ‘twist’ dan persoalan yang tidak terkira banyaknya dengan pelakon bertaraf bintang dari awal hingga ke penghujung, Grid menjanjikan sebuah rancangan yang paling hangat diperkatakan pada tahun ini dan boleh dinikmati secara eksklusif di Disney+ Hotstar mulai 16 Februari 2022.


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Rancangan Menarik Ini Memberikan Inspirasi Untuk Meraikan Hari Raya Dengan Penuh Bergaya

Kakimuvee

Anime Sci-Fi Ikonik Jepun “MACROSS” Akan Tiba Di Disney+ Hotstar Pada Tahun Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

5 Oppa K-Drama Menawan Untuk Diimpikan Pada Krismas Ini

Kakimuvee