Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Small Town Heroes (2022)


Sepertimana tahun tahun sudah, setiap kali perayaan Tahun Baharu Cina pasti akan ada beberapa filem sempena Tahun Baharu Cina daripada beberapa produksi tempatan.

Filem kali ini adalah Small Town Heroes 2022 yang diedarkan oleh GSC Movies, diarahkan oleh Ryon Lee dan dibintangi oleh Jack Lim, Layla Sania, Phua Chandler, Roger Shak, Yuan Teng.

Sedikit trivia berkenaan filem ini adalah dimana pengarah filem ini sendiri iaitu Ryon Lee sebenarnya telah menghasilkan filem ini dengan mengambil ilham daripada sebuah filem yang memenangi begitu banyak anugerah sama ada peringkat Malaysia atau Antarabangsa iaitu Sepet karya arwah Yasmin Ahmad.

Walaupun tidak secara keseluruhan, akan tetapi kisah gadis Melayu dan pemuda Cina dalam filem Small Town Heroes pada kali ini adalah merupakan tribut pengarah kepada filem Sepet itu sendiri.

Filem STH pada kali ini menceritakan tentang kehidupan kanak – kanak di sebuah rumah jagaan yang diasaskan oleh seorang wanita. Selain sebagai rumah jagaan, terdapat beberapa aktiviti sampingan yang akan sentiasa dilakukan oleh para penghuni rumah jagaan tersebut seperti kelas tuisyen dan aktiviti amal yang lain.


Feng yang merupakan seorang penghuni di rumah tersebut telah menerima seorang rakan baru yang bernama Hero dan tinggal sebilik dengannya. Pada asalnya mereka berdua tidak begitu rapat bahkan Feng sentiasa mengusik Hero sehingga Hero menjadi tidak selesa tinggal disitu.

Akan tetapi, kanak – kanak masih kanak – kanak. Perbalahan mereka hari ini hanya kekal hari ini dan pada keesokan harinya mereka kembali berbaik. Hari demi hari melalui perjalanan hidup mereka disitu menjadikan mereka berdua sebagai sahabat karib.

Selain daripada kisah Hero dan Feng yang merupakan tunggak kepada filem ini, kisah sampingan yang lain seperti ibu yang cerewet, kisah percintaan remaja serta masyarakat berbilang kaum yang tipikal menjadi hiasan yang cukup cantik kepada perjalanan cerita ini secara keseluruhannya.

Apa yang menarik berkenaan filem ini, walaupun kisah yang ditampilkan bergantung kepada beberapa watak, cara pihak produksi menjalin penceritaan filem ini begitu berhati hati supaya tidak berserabut dan mampu berjalan dengan baik.

Selain itu, pihak produksi juga dilihat begitu menjaga kesinambungan masa yang dipaparkan kerana latar masa kisah dalam filem ini secara keseluruhannya mengambil tempat pada tahun 2010. Hanya babak permulaan dan penutup sahaja berlatarkan masa kini iaitu 2021-2022.

Kesimpulannya, filem Small Town Heroes ini adalah sebuah naskhah yang begitu indah untuk ditonton bersama sahabat ataupun keluarga di hari perayaan Tahun Baharu Cina ini.

Rating Kakimuvee

4/5


Related posts

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee