Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Joss Whedon Ugut Mahu Hancurkan Karier Gal Gadot


Selepas Ray Fisher, kini Gal Gadot pula mendedahkan yang dia diugut pengarah Joss Whedon semasa menjalani penggambaran semula Justice League pada 2017. Pelakon itu sebelum ini banyak berdiri diri dari bercerita mengenai pengalaman bekerja bersama Whedon, tetapi akhirnya mendedahkan pekara tersebut dalam satu temubual. 

Menurut sumber (via The Direct), Whedon dikatakan telah mengancam karier Gal Gadot dan meremeh-remehkan pengarah Wonder Woman, Patty Jenkins. Pengarah itu juga turut berlagak kerana dapat memiliki Gadot dan dia berkemampuan untuk membuatkannya kelihatan ‘bodoh’ dalam Justice League.

Gal Gadot mendedahkan dia sememangnya diugut oleh Whedon, “Joss Whedon memberitahu saya bahawa dia akan menamatkan karier saya, dia memberitahu saya secara langsung bahawa jika saya melakukan sesuatu dia akan memastikan karier saya akan sengsara. Saya segera menurutinya.”

Kontroversi diantara Joss Whedon dan pelakon Justice League mula diketahui peminat apabila pelakon watak Cyborg, Ray Fisher secara lantang mengutuk pengarah itu yang berkelakuan melampau semasa penggambaran semula Justice League. Pendedahan Fisher telah menimbulkan kemarahan peminat dan siasatan dalaman telah dibuat WarnerMedia. 

Bagaimanapun, WarnerMedia tidak menjelaskan apa tindakan yang diambil terhadap Whedon. 



Related posts

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

Wonder Woman 3 Tidak Akan Berlaku Dalam DCU Sama Sekali

Kakimuvee

WONDER WOMAN: Gal Gadot Goda Kepulangannya Ke DCU

Kakimuvee

Trailer ‘Heart of Stone’ Goda Filem Pengintipan Lakonan Gal Gadot

Kakimuvee

Gal Gadot Dilaporkan Kembali Meneruskan Peranannya Sebagai Gisele Dalam “FAST X”

Kakimuvee

James Gunn Jelaskan Gal Gadot Tidak “Ditendang” Daripada Peranan Wonder Woman

Kakimuvee