
Siri Netflix yang dinanti-nantikan The Silent Sea telah mendedahkan poster baharu pelakon utamanya.
Poster karakter yang baru dilancarkan telah memberi pratonton misteri yang tidak dapat diramalkan yang akan dihadapi oleh watak-watak semasa mereka berdiri dalam sut angkasa mereka. Cahaya pelik dan asing memantul pada topi keledar mereka, menimbulkan rasa ingin tahu tentang apa yang menanti mereka.
Anda boleh lihat poster-poster The Silent Sea dibawah:
The Silent Sea adalah sebuah siri yang berdasarkan filem pendek dengan nama yang sama dari pengarah Choi Hang-yong. Filem tersebut telah menerima banyak pujian di Festival Filem Pendek Mise-en-scène ke-13 pada tahun 2014.
Turut menyertai pasukan kreatif kisah penerokaan yang menarik ini ialah pelakon Jung Woo-sung, yang menjadi penerbit untuk siri ini, serta penulis Park Eun-kyo, yang menerima anugerah Lakon Layar Terbaik di Anugerah Pengkritik Filem Korea untuk siri Mother dan di Anugerah Blue Dragon untuk Crush and Blush.
Bintang-bintang besar — terdiri daripada Bae Doona, Gong Yoo, Lee Joon dan banyak lagi — memainkan peranan sebagai ahli pasukan elit yang mempertaruhkan nyawa mereka untuk menyelesaikan misi khas itu. Dengan sinergi dan ketegangan yang hebat yang mereka cipta, siri thriller sci-fi The Silent Sea bersedia untuk menjadi kemuncak utama bagi filem dan siri Korea pada tahun 2021.
The Silent Sea akan dilancarkan di Netflix pada 24 Disember ini.