Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Ji Soo Disingkirkan Dari Drama “River Where The Moon Rises”


KBS dilaporkan telah membuat keputusan untuk menyingkirkan Ji Soo sebagai pelakon utama dalam drama terbaru mereka “River Where The Moon Rises”.

Menurut laporan eksklusif dari News1 (via Koreaboo), KBS telah membuat keputusan untuk menyingkirkan Ji Soo dari peranan utama dalam drama “River Where The Moon Rises” setelah beberapa siri perbincangan yang teliti.

Pasukan produksi masih meneliti butiran lain, seperti siapa pelakon pengganti, sama ada babak yang melibatkan Ji Soo akan dipotong dari siaran, dan bila pelakon pengganti akan dimasukkan dalam plot drama. 

Buat masa ini, skrip drama telah selesai sehingga episod 18, dan Ji Soo telah merakamkan 95 peratus babak yang melibatkannya. KBS akan membuat kenyataan rasmi mengenai penyingkiran Ji Soo pada hari esok, 5 Mac.

Terdahulu, penggambaran “River Where The Moon Rises” yang dijadualkan hari ini terpaksa dibatalkan susulan skandal buli yang melibatkan Ji Soo dan surat permohonan maaf dari pelakon itu. 


Ji Soo dikaitkan dengan tuduhan membuli apabila seorang individu yang mendakwa rakan sekelasnya tampil mendedahkan perbuatan lampaunya. Individu terbabit turut mendakwa pernah menjadi mangsa bulinya dan insiden itu dilaporkan berlaku sekitar 2006 hingga 2008 lalu.

Menurut individu itu lagi, Ji Soo adalah seorang pelajar yang sangat kasar dan banyak melakukan keganasan di sekolah.

Sebelum disingkirkan, Ji Soo memainkan watak utama sebagai On Dal disamping aktres Kim So Hyun yang berperanan sebagai Puteri Pyeonggang. “River Where The Moon Rises” menceritakan tentang Puteri Pyeonggang, seorang puteri yang juga pahlawan berani yang bercita-cita tinggi dan ingin menjadi wanita pertama yang memimpin Goguryeo.


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee