Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Dua Pawagam Utama Mula Kongsi Lokasi Tayangan & Senarai Filem Yang Bakal Ditayangkan

Tidak dinafikan, pandemik COVID-19 memberi kesan yang cukup besar kepada sistem ekonomi. Sektor pawagam dan hiburan tidak terkecuali apabila mereka terpaksa menanggung kerugian berjuta ringgit kerana tidak dapat menjalankan operasi.

Kini, selepas Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan sektor pawagam memulakan operasi mulai esok, syarikat-syarikat pawagam seluruh negara menzahirkan rasa tidak sabar untuk menyambut para pengunjung. 

Dua pawagam terbesar tanah air, GSC Cinemas dan TGV Cinemas mula berkongsi lokasi pawagam yang bakal memulakan operasi serta filem-filem yang bakal ditayangkan. Selain itu juga, mereka turut mengeluarkan prosedur operasi standard yang perlu dipatuhi penggunjung.

Bagi kaki-kaki wayang pula, pembukaan pawagam pasti menggembirakan mereka selepas hampir setahun tidak dapat menonton filem dilayar lebar sambil menguyah ‘pop-corn’. Rata-rata mereka menunjukkan rasa tidak sabar untuk menonton filem-filem blockbuster seperti “Godzilla vs Kong” dan “Black Widow” dipawagam. Bagaimanapun, tayangan filem-filem blockbuster bergantung pada tarikh tayangan antarabangsa. 

Jadi kepada kepada kaki-kaki wayang, kongsikan kepada kami filem pertama yang anda ingin tonton dipawagam nanti. 

Related posts

5 Animasi Tempatan Untuk Memberi Hiburan Kepada Kanak-Kanak Pada Hari Malaysia Ini

Kakimuvee

DRAMA ‘THE HOTEL’ BERI PERSPEKTIF LAIN TENTANG ISU KESIHATAN MENTAL

Zulaikha

Anime Pertama Tempatan ‘Satria 7 Pahlawan’ Akan Tersedia Di Netflix Selasa Ini

Kakimuvee

Drama Terbaru ‘HASRAT TERSIRAT’ Sarat Dengan Konflik

Zulaikha

ASTRO SIAR TAYANGAN EKSKLUSIF ‘ALL TOGETHER NOW MALAYSIA’ SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-25

Zulaikha

5 Rancangan Tempatan Yang Pernah Kita Tonton Sewaktu Kecil

Kakimuvee

Leave a Comment