Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Hospital Playlist 2” No. 1 Untuk Minggu Kelima Berturut-Turut, Bintang “The Devil Judge” Kuasai Ranking Pelakon


Drama tvN Hospital Playlist 2 terus menguasai kedudukan pertama dalam senarai mingguan drama paling popular.

Menurut Good Data Corporation (via Soompi), Hospital Playlist 2 mengekalkan penguasaannya untuk minggu kelima berturut-turut. Dua bintangnya, berada dalam senarai 10 teratas untuk pelakon drama. Jo Jung Suk menduduki tangga ketujuh manakala Yoo Yeon Seok berada di tangga kesembilan. 

Satu lagi drama tvN, The Devil Judge naik ke tangga kedua dalam ranking drama pada minggu ini. Para pelakonnya juga mendominasi ranking pelakon dengan Ji Sung, Jinyoung dan Kim Min Jung menduduki senarai tiga teratas. 

Walaupun tidak bersiaran kerana memberi laluan kepada liputan Olimpik Musim Panas 2020, drama popular The Penthouse 3 masih berada dalam senarai 10 teratas drama paling popular dengan menduduki tangga keempat. 

Senarai 10 drama teratas yang paling popular pada minggu keempat bulan Julai adalah seperti berikut: 


  1. tvN “Hospital Playlist 2”
  2. tvN “The Devil Judge”
  3. tvN “You Are My Spring”
  4. SBS “The Penthouse 3”
  5. JTBC “Nevertheless”
  6. TV Chosun “Love (Ft. Marriage and Divorce) 2”
  7. JTBC “Monthly Magazine Home”
  8. SBS “Racket Boys”
  9. KBS2 “At a Distance Spring is Green”
  10. tvN “Voice 4”

Senarai 10 pelakon teratas yang paling popular pada minggu keempat bulan Julai adalah seperti berikut: 

  1. Ji Sung (“The Devil Judge”)
  2. Jinyoung (“The Devil Judge”)
  3. Kim Min Jung (“The Devil Judge”)
  4. Seo Hyun Jin (“You Are My Spring”)
  5. Song Kang (“Nevertheless”)
  6. Kim Dong Wook (“You Are My Spring”)
  7. Jo Jung Suk (“Hospital Playlist 2”)
  8. Han So Hee (“Nevertheless”)
  9. Yoo Yeon Seok (“Hospital Playlist 2”)
  10. Kim Ji Suk (“Monthly Magazine Home”)

 


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee