Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Anime

[VIDEO] Tajuk & Teaser “Dragon Ball Super Movie 2” Telah Didedahkan

Tajuk filem kedua Dragon Ball Super telah didedahkan iaitu Dragon Ball Super: Super Hero.

Pengumuman tajuk baru itu dibuat semasa acara maya Comic-Con at Home yang berlangsung baru-baru ini. Ia berfungsi sebagai filem kedua Dragon Ball Super, selepas Dragon Ball Super: Broly yang telah dilancarkan pada 2018, dan ditetapkan setelah siri anime selesai. 

Selain itu juga, teaser Dragon Ball Super: Super Hero turut didedahkan kepada umum. Anda boleh tontonnya dibawah. 

“Sebuah filem baru sejak Dragon Ball Super: Broly sedang dalam pembikinan!” ujar pencipta Dragon Ball Akira Toriyama. 

“Sama seperti filem sebelumnya, saya akan memimpin produksi cerita dan dialog untuk satu lagi filem yang menakjubkan. Saya sebenarnya tidak boleh membincangkan terlalu banyak tentang plotnya, tetapi bersiap-sedialah untuk menghadapi pertarungan yang hebat dan menghiburkan, yang mungkin menampilkan watak yang tidak dijangka.”

Siri anime Dragon Ball Super berakhir pada Mac 2018 selepas menyiarkan 131 episod. Walaubagaimanapun, siri manga masih lagi berjalan, dan banyak kandungan yang boleh diadaptasikan. 

Ini menandakan filem kedua untuk Dragon Ball Super, yang merupakan siri sekuel yang sangat berjaya selepas Dragon Ball Z. Filem pertama, Dragon Ball Super: Broly diarahkan oleh Tatsuya Nagamine dan ditulis oleh Akira Toriyama. Filem tersebut ditetapkan selepas acara Universe Survival Saga dan menampilkan Goku dan Vegeta menentang Broly.

Related posts

Tiga Siri Terbaru Gundam Telah Diumumkan Termasuk Anime TV Utama

Kakimuvee

Trailer Filem Anime “Sing a Bit of Harmony” Goda Tayangan 2022

Kakimuvee

Anime Pertama Tempatan ‘Satria 7 Pahlawan’ Akan Tersedia Di Netflix Selasa Ini

Kakimuvee

Musim Terakhir “Attack on Titan” Akan Kembali Pada Januari 2022

Kakimuvee

Trailer “Star Wars: Vision” Menjanjikan Pengalaman Unik & Menarik Kepada Peminat Anime

Kakimuvee

Filem Anime “Your Name” Akan Tiba Di Netflix 1 September Ini

Zulaikha

Leave a Comment