
Netflix telah melancarkan teaser trailer pertama untuk K-Drama Hometown Cha-Cha-Cha yang akan datang, yang menunjukkan pertemuan antara watak utamanya – doktor gigi pragmatik Yoon Hye-jin (Shin Min-a) dan penganggur Du-Sik (Kim Seon-ho).
Siri ini menampilkan karya seni dan visi terperinci dari pengarah Yu Je-won yang telah menghasilkan Oh My Ghost dan Tomorrow With You, dan gandingan Shin Min-a dan Kim Seon-ho yang dinanti-nantikan peminat. Kerjasama antara ketiga-tiga mereka, yang terkenal dengan genre romantik, telah mendapat banyak perhatian.
Teaser trailer pertama untuk Hometown Cha-Cha-Cha menampilkan pertemuan antara dua watak utama yang dimainkan oleh Shin Min-a dan Kim Seon-ho, kedua-duanya memancarkan ‘chemistry’ yang luar biasa sehingga meningkatkan harapan penonton.
Drama ini menampilkan dua individu dari lapisan masyarakat yang berbeza – Penduduk bandar yang canggih, Hye-jin (Shin Min-a) berlari di sepanjang Sungai Hangang dengan latar belakang pencakar langit, dan penduduk desa Du-sik (Kim Seon-ho), dengan santai melayari gelombang laut menghijau di kampung halamannya.
Hometown Cha-Cha-Cha akan dilancarkan di seluruh dunia pada 28 Ogos ini, hanya di Netflix.