Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Tempatan

Gandingan Fattah Amin & Diana Danielle Dalam Kisah Percintaan Fantasi Romantik GANJIL Oleh Viu


 Viu, peneraju perkhidmatan penstriman video OTT pan-serantau PCCW, bakal menayangkan siri drama serba baru Malaysia berjudul GANJIL. Sebuah kisah percintaan yang romantik, penuh fantasi. GANJIL menggabungkan dua genre untuk satu karya dalam membentuk  alam yang menakjubkan.

Siri ini berkisar seorang lelaki dan wanita muda yang mendapati diri mereka bertemu insan yang mereka impikan. Amry dilakonkan oleh  Fattah Amin – pemenang Anugerah Pelakon TV Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 pada 2018, yang diiktiraf sebagai selebriti popular dan penghibur Malaysia di dalam industri hiburan. Sementara itu, Nabila dibawa oleh Diana Danielle – pemenang Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-29 pada 2017, sebuah anugerah rasmi oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Pasangan ini bertembung di dalam mimpi mereka, pada satu malam istimewa di mana mimpi mereka bercantum menjadi satu. Ketika mereka mendapati masing-masing mungkin hanya satu watak di dalam alam mimpi, tanpa mereka sedari, kedua-duanya menjadi lebih erat, berkongsi rahsia dan berdepan dengan ketakutan bersama. Mimpi mereka adalah cara alam memberikan mereka peluang kedua, untuk menjadi insan yang lebih baik. GANJIL juga memaparkan kesulitan yang dirasai ramai untuk mencari tempat di dunia sebenar, sambil cuba mengimbangi tanggungjawab seseorang terhadap keluarga.

Diterbitkan oleh Razor’s Edge Pictures dan diarah oleh Datuk Yusry Abdul Halim, karyawan yang penuh wawasan dan terkenal dalam penggunaan kesan visualnya. GANJIL adalah kisah cinta yang mengangkat genre percintaan dan digabung dengan elemen fantasi, menghasilkan sebuah kisah dengan imej yang indah.

Siri ini berlatarkan dunia sebenar dengan alam mimpi di bawah sedar Amry dan Nabila. Siri 10 episod semusim ini kemuncaknya memberikan penonton pandangan mendalam ke dalam jiwa dan keresahan mereka, menerusi alam mimpi yang mereka lalui. Siri ini turut menampilkan barisan pelakon sokongan yang kuat, iaitu Izzue Islam dan bekas pelakon kanak-kanak, Fatin Afeefa, yang masing-masingnya memainkan peranan utama di dalam kehidupan Nabila dan Amry.


GANJIL akan mula ditayangkan pada 30 September, dengan dua episod ditayangkan setiap Khamis sehingga 28 Oktober. Penonton boleh menyaksikan  siri ini menerusi aplikasi Viu. Hanya muat turun secara percuma melalui  App Store, Google Play, dan TV pintar terpilih, atau  laman web di www.viu.com


Related posts

Teaser Argylle Pratoton Filem Pengintipan Arahan Matthew Vaughn

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee

[TRAILER] Amber Heard Bakal Muncul Dalam Filem Terbaru ‘In The Fire’

Kakimuvee

Lionsgate Dedah Trailer Terbaru The Ballad of Songbirds & Snake

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee

Justin Timberlake Kembali Dengan Kumpulannya Dalam Trailer Trolls Band Together

Kakimuvee