Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Malignant (2021)


(AMARAN SPOILER)

Setelah sekian lama industri filem dunia sepi daripada buah tangan James Wan. Beliau akhirnya tampil dengan sebuah filem hasil arahan beliau iaitu Malignant. Malignant sekiranya dari segi medikal membawa maksud sesuatu keadaan atau penyakit yang mana sel badan yang abnormal membahagi dirinya sendiri tanpa kawalan dan boleh menawan sel jiran dalam sesebuah perumah. Sel maglinan boleh tersebar ke seluruh badan melalui salur darah atau sistem limfa. Menggunakan konsep ini, James Wan telah menghasilkan sebuah filem thriller untuk tontonan semua.

Kisah dibuka dengan keadaan di sebuah hospital yang berdepan dengan pesakit yang aneh. Mempunyai kebolehan seperti menyalurkan fikirannya melalui alat penterjemah frekuensi atau dengan kata lain radio atau telefon bimbit. Pesakit tersebut juga mampu untuk mengawal eletrik dan juga mempunyai kekuatan yang luarbiasa pendek kata “superhuman”. Pesakit tersebut berjaya ditidurkan dari sisi jahatnya dan mampu menjalani kehidupan seperti biasa sehinggalah pada suatu hari, satu kejadian terjadi dan membangunkan kembali apa yang telah ditidurkan.

Konsep medical horror thriller yang dibawakan oleh James Wan pada kali ini agak menarik kerana tidak ramai yang mampu membawa konsep ini secara baik tanpa campur tangan unsur ketiga iaitu paranormal. Walaupun pada dasarnya apa yang digambarkan melalui filem Malignant ini kadang – kadang agak melampau namun itu adalah satu perkara yang biasa dalam dunia layar perak.

Selagimana konsep asasnya boleh diterima akal dan berlandaskan fakta yang betul maka tidak ada salahnya. Berbeza dengan sebuah drama bersiri tempatan yang begitu menggegarkan industri filem dan drama pada suatu ketika dahulu yang dilihat menunggang isu kesihatan wanita namun pada akhirnya masih berkisarkan kisah cinta.


Selain itu, Malignant pada kali ini turut dihiasi dengan paparan visual yang agak ganas dan penuh darah. Sesungguhnya bagi peminat seni “gore”, suasana ini mungkin memuaskan setelah sekian lama tidak dihidangkan dengan pemandangan seperti ini dilayar gergasi semenjak pawagam seluruh negara ditutup. Mainan sudut kamera juga begitu menyelerakan dan terdapat beberapa sudut yang mengingatkan kita kepada beberapa karya James Wan yang lain seperti Conjuring dan Aquaman.

Sesungguhnya Malignant adalah sebuah karya penebus dari James Wan setelah sekian lama peminatnya dahaga akan karya dari beliau. Penutupnya lebih menjurus kepada “clean end” dan tidak ada sambungan selepas pada ini secara tersurat. Secara tersiratnya? Siapa tahu…

Rating Kakimuvee

4/5


Related posts

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Todd Phillips Kongsikan Gambar Terbaru Joker 2 Yang Menampilkan Joaquin Phoenix

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Siri Reboot Harry Potter Akan Teroka Buku-Buku Asal Dengan Lebih Mendalam

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee