Bulan FebruariĀ tahun 2017 ini bakal menampilkan filem-filem terbaru dan dijangka menarik untuk ditonton. Dari filem tempatan, Asia dan Hollywood, penonton pasti akan terhibur dengan filem-filem yang bakal ditayangkan pada bulan ini.
Antara filem yang bakal ditayangkan di Malaysia adalah filem yang dicalonkan dalam Anugerah Oscar iaitu Hacksaw Ridge. Selain itu juga, kita juga akan disajikan filem dari negara Russia, Guardians.
Disini, kami kongsikan beberapa filem menarik untuk ditonton pada bulan ini.
Aku Haus Darah Mu
Pelakon: Nad Zainal, Deana Yusof, Zoey Rahman
Tarikh Tayangan: 2 Feb. 2017
Filem tempatan ini mengisahkan Lia lakonan Nad Zainal, seorang ahli antropologi dalam bidang seni tarian bersama dua rakannya mengunjungi sebuah perkampungan di pedalaman untuk membuat kajian mengenai sejenis tarian yang hampir pupus.
Dia dan rakannya sanggup melakukan apa sahaja untuk melengkapkan hasil kajian mereka. Pelbagai peristiwa seram menyelubungi mereka sepanjang kajian mengenai tarian itu dilakukan. Apakah yang sebenarnya berlaku? Adakah tarian itu mempunyai kaitan dengan ilmu hitam?
The Space Between Us
Pelakon: Asa Butterfield, Britt Robertson
Tarikh Tayangan: 2 Feb. 2017
Dua remaja yang berbeza planet iaitu Marikh dan Bumi, bertemu dan akhirnya bercinta. Filem lakonan Asa Butterfield dan Britt Ribertson (Tomorrowland) dan diarahkan oleh pengarah Peter Chelsom
The Lego Batman Movie
Pelakon: Will Arnet, Michael Cera, Rosario Dawson, Ralph Fiennes, Zach Galifianakis
Tarikh Tayangan: 9 Feb. 2017
Kecewa dengan filem – filem DC Cinematic Universe? Tak mengapa, kita ubati kekecewaan tersebut dengan menonton filem spinoff The Lego. Filem ini memaparkan Batman yang akan menentang Joker di bandar Gotham bersama-sama rakannya, filem ini filem kelakar, so, don’t take it seriously.
Hacksaw Ridge
Pelakon: Andrew Garfield
Tarikh Tayangan: 9 Feb. 2017
Filem yang dicalonkan dalam Anugerah Oscar ini bakal menceritakan kisah sebenar hero tentera US semasa zaman Perang Dunia Ke-2, Desmond Doss. Desmond satu-satunya penerima pingat tertinggi US, iaitu Medal of Honor tanpa melepaskan sebutir peluru pun. Filem ini diarahkan oleh Mel Gibson dan dicalonkan dalam beberapa kategori anugerah Oscar. Satu-satunya filem yang paling ditunggu-tunggu pada bulan ini.
John Wick: Chapter 2
Pelakon: Keanu Reeve,Ā Ian McShane, Bridget Moynahan, John Leguizamo, Thomas Sadoski, dan Lance Reddick
Tarikh Tayangan: 9 Feb. 2017
Antara filem menarik bulan Februari ini. John Wick kembali lagi dan kali ini, John Wick (Lakonan Keanu Reeves) pergi ke Rome, Itali untuk berhadapan dengan pembunuh-pembunuh upahan hebat yang ingin membunuhnya. Diarahkan oleh Chad Stahelski dan pasti banyak aksi dapat ditonton oleh peminat filem.
Cook Up A Storm
Pelakon: Nicholas Tse, Jung Yong Hwa
Tarikh Tayangan: 10 Februari 2017
Filem menarik dari negara Hong Kong, Cook Up A Storm. Nicholas Tse, akan membawa watak seorang tukang masak jalanan yang akan berhadapan dengan Chef hebat (lakonan Jung Yong Hwa) dalam pertandingan memasak antarabangsa. Kita lihat bagaimana dua personaliti ini bertarung di pertandingan tersebut.
Love Contractually
Pelakon: Sammi Cheng, Joseph Chang
Tarikh Tayangan: 16 Feb. 2017
Ratu filem komedi romantik, Sammi Cheng kembali lagi dalam filem terbaru, Love Contractually disamping aktor Taiwan, Joseph Chang, Filem ini mengisahkan Sammy yang membawa watak seorang CEO dan telah mengambil seorang pembantu yang dilakonkan oleh Joseph Chang. Kedua-dua kemudiannya bercinta, namun sesuatu berlaku. Untuk mengentahuinya, tontonnya dipawagam 16 Feb. 2017
A Cure For Wellness
Pelakon:Ā Dane DeHaan, Mia Goth and Jason Isaacs
Tarikh Tayangan: 16 Feb. 2017
Filem piskologi horror thriller ini bakal mengisahkan seorang eksekutif muda yang pergiĀ ke “wellness center” yang terletak di tempat yang sangat terpencil untuk mengambil CEO nya yang berada ditempat tersebut. Dia kemudiannya mengentahui rahsia disebalik pusat tersebut dan dia didiagnosis menghadapi penyakit yang menyebabkannya terperangkap dipusat tersebut.
Hidden Figures
Pelakon:Ā Taraji P. Henson,Ā Octavia Spencer and Janelle Monae
Tarikh Tayangan: 23 Feb. 2017
Satu lagi filem menarik yang patut korang tonton. Mendapat review yang sangat positif selepas ditayangkan pada tahun 25 Disember tahun lalu. Berdasarkan kisah benar dimana 3 wanita kulit hitam US yang telah membantu NASA mengira trajektori penerbangan untuk Project Mercury dan misi-misi lain yang dijalankan oleh NASA.
Guardians
Pelakon:Ā Sebastien Sisak, Anton Pampuchniy, Sanzhar Madiev, Alina Lanina, Valeria Shkirando dan Stanislav Shirin
Tarikh Tayangan: 23 Feb. 2017
Sebuah filem superhero, bukan superhero Marvel mahupun DC, tapi superhero Russia. Sepasukan superhero Russia ini dihasilkan semasa Era Perang Dingin, 4 orang individu telah diubah DNA nya untuk menjadi superhuman dan ditugaskan mempertahankan negara dari ancaman supernatural.