Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Fazura Bakal Muncul Dalam Filem Indonesia

Pelakon Nur Fazura bakal muncul dengan beberapa lagi buah filem Indonesia yang mana akan menjalani penggambaran pada tahun ini.

Peluang melebarkan sayapnya dalam bidang lakonan di negara seberang semakin murah selepas membintangi dua buah filem terbitan Indonesia sebelum ini iaitu “Bulan Terbelah Di Langit Eropah” dan “Warkop Reborn”.

“Jika sebelum ini saya melakonkan watak pembantu, insyaAllah dalam filem akan datang menyaksikan saya membawa watak utama.”

“Bagi saya watak pembantu atau utama tidak menjadi masalah, yang penting pengalaman ditimba sepanjang bekerja di sana,” katanya kepada Harian Metro.

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin berkata bukan mudah untuk orang luar sepertinya diberi watak utama, oleh itu mendapat bekerjasama dengan pengarah dan pelakon di sana adalah satu pengalaman berharga buat dirinya.

Pada masa sama, pelakon “Langit Cinta” itu juga berkongsi pengalaman bekerja dengan produksi di Indonesia yang disifatkan sebagai cukup baik dan pelakonnya bersikap profesional.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai kerjaya seninya, pelakon berusia 34 tahun ini berkata tahun ini adalah tahun yang sangat sibuk baginya kerana jadualnya padat dengan penggambaran filem di Indonesia dan juga di Malaysia.

Selain berlakon, Fazura yang baru berjinak-jinak dalam bidang nyanyian juga akan menyaksikan dia berduet dengan penyanyi dari Filipina, Jason DY menerusi lagu “Nothing Like Pag-ibig” yang baru sahaja dilancarkan pada 24 Januari lalu.

Sumber: Cinema Online

Related posts

Penamat Alternatif ‘John Wick 4’ Telah Dirakam, Tetapi Dibuang Selepas Tayangan Ujian

Kakimuvee

Liv Tyler Akan Kembali Ke MCU Dalam Filem ‘Captain America: New World Order’

Kakimuvee

ZEE5 dan Viu Kini Boleh Diakses di Kedua-dua Astro Ultra dan Ulti Box

Kakimuvee

Box Office: John Wick Lagi Laku Dari Shazam! Fury of the Gods

Kakimuvee

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Leave a Comment