Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Filem Dokumentari Kumpulan Seventeen Berjudul “Kemarin” Bakal Temui Penonton Pada 2020


Peminat-peminat bekas kumpulan pop rock Seventeen berpeluang untuk menyaksikan sebuah filem dokumentari mengenai kumpulan tersebut yang berjudul Kemarin. 

Memetik laporan dari Sinar Harian, pengumuman filem dokumentari itu dibuat bekas vokalis kumpulan Seventeen, Riefian Fajarsyah atau Ifan menerusi laman sosial Instagram miliknya.

Ifan merupakan satu-satunya ahli kumpulan Seventeen yang terselamat dari tragedi tsunami pada tahun 2018 yang berlaku di Palu, Sulawesi, Indonesia.

“Pada hari ini 22 Disember 2019 (dua hari lalu) tepat setahun peristiwa tsunami Tanjung Lesung, teaser kedua filem “Kemarin” dipersembahkan.

“Mengikut perancangan filem “Kemarin” akan segera ditayangkan pada 2020 dan ketika ini, pelbagai pertimbangan sedang dilakukan bersama satu pasukan hebat bagi menghasilkan filem terbaik,” ujarnya.


Selain membuat kenyataan di laman sosialnya, Ifan turut memuat naik kilp video persembahan mereka di pentas sebelum tsunami melanda.

Tragedi tsunami Selat Sunda yang berlaku pada 22 Disember 2018 telah mengorbankan isterinya iaitu Dylan Sahara, serta ahlu kumpulan dan krew Seventeen yang terdiri daripada pemain bass, Muhammad Awal Purbani; pengurus kumpulan, Oki Wijaya; pemain gitar, Herman Sikumbang; kru, Rukmana Rustam dan pemain dram, Wisnu Andi Darmawan.

Ketika kejadian berlaku, kumpulan Seventeen sedang melakukan persembahan diatas pentas.

Sumber: Cinema Online


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee