BeritaSlot Tempatan

Filem Animasi Menyumbang 57% Kutipan Keseluruhan Filem-Filem Tempatan 2019

Views

Prestasi kutipan filem-filem tempatan pada tahun 2019 dijangka mencatatkan sedikit peningkatan berbanding tahun sebelumnya. Berdasarkan pengiraan kasar dan sumber dari laman web Finas, sebanyak RM 138.2 juta telah dikumpul pada tahun ini, berbanding kutipan yang dicatatkan pada tahun 2018 iaitu sebanyak RM 120.3 juta.

Dari jumlah tersebut, lebih 57% kutipan keseluruhan didominasi filem-filem animasi tempatan yang mencatatkan jumlah kutipan sebanyak RM80.6 juta. Boboiboy Movie 2 menguasai carta pertama box office tempatan dengan kutipan sebanyak RM29.5 juta, diikuti Upin Ipin Keris Siamang Tunggal sebanyak RM26 juta dan Ejen Ali the Movie sebanyak RM25 juta. Kutipan Ejen Ali the Movie mungkin berubah memandangkan jumlah tersebut digabungkan dengan pasaran Singapura dan Brunei.

Jumlah keseluruhan tahun ini hanya dapat dimuktamatkan selepas Finas mengemaskini kesemua data kutipannya. Setakat ini data dari filem Wira, Banglo No. 99 dan Busut Bonang masih belum dikemaskini oleh Finas memandang filem tersebut sedang atau baru ditayangkan pada bulan Disember.

Berikut adalah jumlah kutipan filem-filem tempatan bagi tahun 2019.

  1. Boboiboy the Movie 2 = RM29.5 juta
  2. Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal = RM26 juta
  3. Ejen Ali the Movie = RM25 juta*
  4. Pusaka = RM 13.7 juta
  5. Sangkar = RM 9.5 juta
  6. Misteri Dilaila = RM9.46 Juta
  7. Wira = RM 7.6 juta **
  8. Bikers Kental 2 = RM7.67
  9. A Journey Of Happiness = RM3.55 juta
  10. Amazing Spring = RM3 juta
  11. Anak Perjanjian Syaitan = RM 1.26 juta
  12. Tiada Tajuk = RM 500 ribu
  13. Venpa = RM 499 ribu
  14. Geran = RM 470 ribu
  15. Walk With Me = RM 287 ribu
  16. Kali Muni Tharisanam = RM237 ribu
  17. Supermum = RM 234 Ribu
  18. Red Storm = RM 198 Ribu
  19. Pulanaivu = RM 187 ribu
  20. Suatu Ketika = RM 144 ribu
  21. Wangi = RM 121 ribu
  22. Lease of Life = RM 120 Ribu
  23. Fly By Night = RM 102 Ribu
  24. Hero = RM 96 ribu
  25. Azhaggiye = RM 79 ribu
  26. Motif = RM 79 ribu
  27. Homestay Permainan Maut = RM 72 Ribu
  28. Felina = RM 60 ribu
  29. XX-Ray 3 = RM 56 Ribu
  30. Ennaval = RM 50 ribu
  31. Two Sister = RM 43 ribu
  32. KL Vampires = RM 35 ribu
  33. Kron = RM 31 ribu
  34. Metro Maalai = RM 30 ribu
  35. Warkah = RM 29 ribu
  36. MOX – Misi Operasi X = RM 28 ribu
  37. Satte = RM 27 Ribu
  38. Kolong = RM 26 ribu
  39. Bu = RM 21 ribu
  40. Kutram Seiyal = RM 14 ribu
  41. 7 Hari Kisah Cinta Langkawi  = RM 11.9 ribu
  42. Bella & Jamie = RM 9 ribu
  43. Banglo No. 99**
  44. Busut Bonang**
BACA:  Kisah Perkahwinan Terlarang Dalam Filem Seram Komedi JODOH SYAITAN

Jumlah keseluruhan : RM 138.2  juta

*Kutipan termasuk Singapura  & Brunei

*Masih belum dikemaskini Finas (Sedang ditayangkan)

***Artikel ini dikemaskini pada 5 Januari 2020

Tinggalkan Balasan

shares