Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Black Adam Bakal Memperkenalkan Hawkgirl?

Sebelum ini terdapat khabar angin yang mengatakan Justice Society of America (JSA) bakal membuat penampilan dalam filem antihero DC Black Adam. Kini terdapat laporan baru mendakwa Hawkgirl akan turut membuat debut dalam filem tersebut.

Berdasarkan pendedahan yang dibuat Murphy’s Multiverse, Warner Bros. dan New Line dikatakan sedang mencari aktres dalam lingkungan umur 20-30 tahun untuk peranan tersebut, tetapi tidak dapat dipastikan sejauh mana peranan Hawkgirl dalam filem Black Adam nanti.

Antara karakter yang dikhabarkan akan muncul dalam filem Black Adam termasuklah Atom Smasher, Stargirl, Isis dan Doctor Fate. Karakter-karakter itu dikatakankan bakal membentuk sejarah Black Adam dimana dia akan bertempur dengan kumpula adiwira JSA. Dalam versi komik, Hawkgirl juga merupakan ahli kumpulan superhero Justice Society of America.

Berdasarkan dari karakter komik DC ciptaan Otto Binder dan C.C. Beck, Black Adam akan diarahkan oleh Jaume Collet-Serra dengan Johnson akan memainkan peranan utama sebagai anti-hero Black Adam. Filem ini merupakan kolaborasi kedua diantara Collet-Serra dan Johnson dimana mereka sebelum bekerjamsa dalam filem terbitan Disney berjudul Jungle Cruise. 

Filem ini diterbitkan Johnson dan Beau Flyn bersama-sama Dany Garcia dan Hiram Garcia menerusi syarikat produksi Seven Bucks Productions. Black Adam akan menemui penonton pada 22 Disember 2021.

Related posts

Tarikh Tayangan “Godzilla vs Kong” Diawalkan Dua Bulan

Kakimuvee

Charlie Cox Dilihat Di Set Penggambaran “Spider-Man 3”!

Kakimuvee

Bintang-Bintang Besar Hollywood Sertai Filem Misteri Arahan David O. Russell

Kakimuvee

Chris Evans Dilaporkan Sedang Dalam Rundingan Untuk Kembali Sebagai Captain America

Kakimuvee

Bruce Willis Dihalau Dari Kedai Farmasi Kerana Enggan Pakai Pelitup Muka

Isqandar

Rowan Atkinson Tak Suka Watak Mr Bean

Isqandar

Leave a Comment