Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Emily Blunt Sertai Dwayne Johnson Dalam Filem Jungle Cruise


Pelakon jelita yang juga bintang filem Edge of Tomorrow, Emily Blunt akan menyertai Dwayne ‘Rock’ Johnson dalam filem terbaru Jungle Cruise. Filem terbitan terbaru Disney itu merupakan sebuah filem yang diambil dari taman tema popular mereka, Jungle Cruise.

Menurut sumber dari Comingsoon.net, penggambaran filem tersebut akan bermula pada May ini dan akan diarahkan oleh Jaume Collet-Serra. Lakonlayar filem Jungle Cruise ditulis bersama oleh penulis filem Star Trek, J.D. Payne dan Patrick McKay

Jungle Cruise merupakan salah satu projek Disney yang tergendala setelah sekian lama sebelum mereka membuat keputusan untuk meneruskan filem ini dan memilih Dwayn Johnson sebagai teraju utama penghujung tahun lepas.

Dengan penghasilan filem ini, ia menjadi filem keenam Disney yang diinspirasikan dari taman tema mereka. Filem-filem lain yang diinspirasikan dari taman tema mereka adalah The Country Bears, The Haunted Mansion, Mission to Mars, Tomorrowland, dan yang paling popular, Pirates of the Caribbean.

Selain itu juga, ini merupakan filem utama ketiga Emily Blunt bersama-sama Disney selepas filem Into The Woods dan Mary Poppins Return



Related posts

Emily Blunt Kongsikan Perkembangan Terbaru Sekuel Edge of Tomorrow

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

Emily Blunt Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Christopher Nolan, “Oppenheimer”

Kakimuvee

Kutipan “The Suicide Squad” Pada Minggu Pertama Tayangan Sedikit Mengecewakan

Kakimuvee