Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kutipan “The Suicide Squad” Pada Minggu Pertama Tayangan Sedikit Mengecewakan

THE SUICIDE SQUAD, Margot Robbie sebagai Harley Quinn, 2021. © Warner Bros. / Courtesy Everett Collection

Filem The Suicide Squad arahan James Gunn membuka tayangannya dengan sedikit mengecewakan apabila hanya mampu mengutip $26.5 juta dolar pada minggu pertama tayangannya. Rating ‘R’ dan peminat yang memilih untuk menonton di rumah dikatakan menjadi punca kepada kutipan yang kurang memberangsangkan ini. Untuk info, The Suicide Squad dilancarkan serentak di pawagam dan platform streaming HBO Max.

Untuk pasaran global, The Suicide Squad telah mengutip $71.9 juta dolar pada minggu pertama tayangannya.

Sementara itu, Jungle Cruise terus menunjukkan prestasi baik pada minggu kedua tayangan apabila menambah $15.69 juta dolar dipasaran domestik AS, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak $65.3 juta dolar. Jungle Cruise kini mengumpul $122 juta dolar seluruh dunia. 

Filem thriller terbaru M. Night Shyamalan, Old terus menambah keuntungan apabila mengutip $4.1 juta dolar pada minggu lalu, menjadikan jumlah terkumpul sebanyak $38.5 juta dolar di pasaran domestik AS, dan $65 juta dolar di pasaran global. Old dihasilkan dengan kos sekitar $18 juta dolar sahaja.

Lain-lain kutipan, Black Widow telah mengumpul kutipan $359.7 juta dolar seluruh dunia, manakala Space Jam 2 telah mengutip $133 juta dolar seluruh dunia. Snake Eyes bakal menjadi filem flop tahun ini apabila hanya mengutip $33 juta dolar seluruh dunia sehinggakini. 

Related posts

HBO AND HBO MAX WIN 19 EMMY AWARDS

Kakimuvee

Fan-Art ‘What If…?’ Dedah Versi Live-Action Marvel Zombie – Captain America, Thanos, & Scarlet Witch

Kakimuvee

Teaser “Paranormal Activity: Next of Kin” Pratonton Filem Reboot Untuk Paramount+

Kakimuvee

Three Programs To Get You More Excited For TUDUM

Zulaikha

Karen Gillan & Pom Klementieff Menitiskan Air Mata Selepas Baca Skrip Guardians of the Galaxy Vol. 3

Kakimuvee

Matt Reeves Kongsi Gambar Terbaru Batman Sempena Meraikan #BatmanDay

Kakimuvee

Leave a Comment