Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Emily Blunt Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Christopher Nolan, “Oppenheimer”

Menurut Deadline, pemenang anugerah Golden Globe, Emily Blunt, sedang dalam rundingan untuk membintangi filem biografi terbaru Christopher Nolan, bertajuk Oppenheimer. Blunt telah ditawarkan peranan isteri kepada J. Robert Oppenheimer, saintis yang mengetuai penciptaan bom atom. Projek terbaru ini menandakan gandingan semula Blunt dan Cillian Murphy selepas kedua-dua muncul dalam filem sekuel A Quiet Place Part II tahun ini. 

Oppenheimer berdasarkan buku pemenang Hadiah Pulitzer, American Prometheus: The Triumph and Tragedy of J. Robert Oppenheimer karya Kai Bird dan mendiang Martin J. Sherwin. Filem ini ditulis dan diarahkan oleh Nolan, dengan Universal Pictures dijangka mengedarkan filem ini di pawagam seluruh dunia. Emma Thomas, Charles Roven dan Nolan akan menjadi penerbit. 


Filem ini dijangka memulakan produksi pada awal 2022, dan dilaporkan akan dirakam dengan mnggunakan kombinasi IMAX 65mm dan format-besar filem 65mm. 

J. Robert Oppenheimer adalah ahli teori fizik Amerika dan profesor fizik yang menjadi ketua Makmal Los Alamos sewaktu Perang Dunia Kedua. Dia termasuk di antara mereka yang dikreditkan sebagai “bapa bom atom” untuk peranan mereka dalam Projek Manhattan, yang merupakan usaha untuk mencipta senjata nuklear pertama. Oppenheimer juga terkenal dengan kata-katanya, “Sekarang saya menjadi Kematian, pemusnah dunia,” merujuk pada kitab suci Hindu Bhagavad Gita setelah berjaya meletupkan bom atom pertama pada 16 Julai 1945.

Related posts

Netflix Dedah Trailer Rasmi “Kung Fu Panda: The Dragon Knight”

Kakimuvee

Avatar 2 Sahkan Peranan Baharu Sigourney Weaver

Kakimuvee

Menangi Percutian Ke Korea Bersama Pelakon Viu Original “She Was Pretty” dan Blimey!

Kakimuvee

Disney Tunda Tarikh Tayangan “Thor: Love and Thunder” Di Malaysia

Kakimuvee

Penggambaran Siri Aksi Langsung Netflix “Avatar: The Last Airbender” Telah Selesai

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir “Barbie” Yang Menampilkan Margot Robbie & Ryan Gosling

Kakimuvee

Leave a Comment