Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Bront Palarae Berlakon Sebagai Lelaki Yahudi Dalam Filem “Ayat-Ayat Cinta 2”


Pelakon terkenal yang juga antara pelakon berbakat tempatan, Bront Palarae bakal membintangi filem terbitan produksi Indonesia iaitu Ayat-Ayat Cinta 2. Apa yang menariknya mengenai filem yang bakal dibintangi oleh pelakon tersebut ialah, beliau akan membawa watak yang bakal mengundang kontroversi kepada peminat hiburan tempatan.

Watak yang dimaksudkan ialah Brunch, seorang lelaki berbangsa Yahudi yang menetap di Eropah. Bagaimanapun menurut Bront, walaupun dia membawakan watak seorang lelaki yahudi, ia tidak akan menyentuh soal agama atau pun pegangan akidah.

“Saya melakonkan watak bernama Barruch, seorang lelaki yang ditemui Fahri (watak utama) di Edinburgh. Menariknya, saya melakonkan watak berbangsa Yahudi yang memerlukan saya mendalami cara dan budaya orang Yahudi termasuk mempelajari bahasa Hebrew untuk berdialog.

“Ini benda baru yang tidak pernah saya temui dalam karya di tanah air. Itu seronoknya terlibat dalam produksi luar. Bagusnya watak ini kerana ia tidak menyentuh soal agama atau pun pegangan akidah. Tiada babak sembahyang atau ritual agama. Jadi tiada masalah dalam soal itu,” – Bront Palarae

Sumber gambar: Star2.com

Pelakon Ola Bola ini bagaimanapun berkata cabaran yang dihadapinya dalam menjayakan watak ini adalah perlu membuatkan penonton percaya bahawa Barruch seorang Yahudi baik dari segi penampilan, percakapan dan bahasa tubuh.

Dalam pada itu, pelakon berusia 38 tahun itu mengakui tidak pernah menonton atau membaca novel “Ayat-Ayat Cinta”, namun ia tidak bermakna dia tidak boleh membawa watak tersebut kerana wataknya tidak perlukan rujukan dari sekuel pertama.

Filem arahan Guntur Soeharjanto ini juga turut menampilkan seorang lagi pelakon tempatan iaitu Nur Fazura.


Selain daripada filem Ayat-Ayat Cinta 2, Bront juga bakal muncul dengan filem seram Indonesia berjudul Pengabdi Setan dan Daddy’s Home terbitan produksi Filipina

Sumber: Cinema Online


Related posts

Bront Palarae, Uqasha Senrose Bergandingan Dalam Filem Seram ‘Sumpahan Jerunei’

Kakimuvee

Review Filem: Harum Malam (2023)

Ahmad Fariszuan

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee