Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

CEO Lionsgate Mahu Sambung Franchise The Hunger Games Dan Twilight


Menurut laman web Variety, CEO Lionsgate CEO, Jon Feltheimer merancang untuk menyambung dua franchise filem mereka iaitu Twilight dan Hunger Games. Menurutnya, terdapat banyak lagi cerita yang mahu ditunjukkan kepada penonton nanti apabila penulis-penulis siri berkenaan bersedia dan menyiapkan cerita mereka nanti.

“There are a lot more stories to be told, and we’re ready to tell them when our creators are ready to tell those stories,” – Jon Feltheimer

Bagaimanapun, CEO berkenaan berkata, mereka akan menyambung kedua-dua franchise tersebut jika dibenarkan oleh kedua-dua penulis berkenaaan.

Franchise Twilight diadaptasikan dari sini novel yang ditulis oleh Stephenie Meyer dan mengandungi 5 buah filem iaitu Twilight (2008), The Twilight Saga: New Moon (2009), The Twilight Saga: Eclipse (2010), The Twilight Saga: Breaking Dawn – Part 1 (2011) dan filem terakhir The Twilight Saga: Breaking Dawn – Part 2 (2012) manakala filem Hunger Games diadaptasikan dari novel yang ditulis oleh Suzanne Collins dan mengandungi 4 buah filem iaitu The Hunger Games (2012), The Hunger Games: Catching Fire (2013), The Hunger Games: Mockingjay – Part 1 (2014) dan The Hunger Games: Mockingjay – Part 2 (2015).

Franchise Twilight berjaya mengaut $3.3 juta dollar manakala The Hunger Games pula berjaya mengaut $2.9juta seluruh dunia. Kedua-dua franchise tersebut dihasilkan selepas Hollywood dibanjiri filem-filem yang diadaptasikan dari siri novel untuk golongan-golongan muda.

Kepada peminat-peminat Twilight dan The Hunger Games, adakah anda berminat jika Lionsgate mahu menyambung kedua-dua franchise filem berkenaan?



Related posts

Lionsgate Dedah Trailer Terbaru The Ballad of Songbirds & Snake

Kakimuvee

Poster Expend4ables Menampilkan Barisan Pelakon Baru & Lama

Kakimuvee

Ice Cube Sertai Dave Bautista Dalam Filem Aksi Komedi ‘The Killer’s Game’

Kakimuvee

[TRAILER] Lizzy Caplan & Antony Starr Bintangi Filem Seram ‘Cobweb’

Kakimuvee

Lionsgate Sedang Membangunkan Filem Kelima John Wick & Tiga Filem Spin Off

Kakimuvee

Poster ‘The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes’ Telah Didedahkan

Kakimuvee