Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Bintang Black Widow, Florence Pugh Berharap Dapat Terus Bersama MCU


Black Widow sepatutnya tiba di pawagam pada 6 November ini, tetapi terdapat sumber yang dipercayai mengatakan bahawa, filem akan datang mungkin akan ditangguhkan sekali lagi.

Jika benar Black Widow ditangguhkan, ia akan meneruskan penantian yang sangat perit buat peminat memandangkan mereka sudah tidak sabar untuk menonton filem terbaru Marvel Studios itu.

Rata-rata peminat percaya, filem akan datang bakal menjadi pentas untuk Marvel Cinematic Universe mendapatkan ‘Black Widow’ yang baru, lebih-lebih lagi selepas mereka melihat nasib Natasha Romanoff (lakonan Scarlett Johansoon) semasa dalam filem Avengers: Endgame yang lalu.

Karakter Yelena Belova lakonan Florence Pugh mungkin boleh mengambil alih tempat Natasha, namun segalanya bergantung pada perancangan Marvel Studios.

Ketika ditanya mengenai masa depannya dalam MCU, Pugh menjelaskan bahawa dia teruja jika peminat menghargai karakternya, dan satu penghormatan yang besar kerana menyertai kelab Marvel, cuma dia mahu peminat melihat Yelena terlebih dahulu.


“If you get asked to be in a Marvel film, and it was so thrilling and fun and exciting to be in, then of course, your head goes: ‘Oh my God. If this is what it’s like, then what else is next?'”

“If that happens and I am lucky enough that people appreciate my character, that’s an exciting road to go on. I would be silly to not be excited by it. I think that being part of the Marvel club is a great honour. But we’ll just see if people like Yelena first.”

Apapun, segalanya bergantung pada prestasi filem Black Widow akan datang, terutamanya karakter Yelena Belova. Jika dia berjaya menambat hati peminat, tidak mustahil Marvel Studios akan membuka lebih banyak peluang pada karakter tersebut, tambahan pula, jika dilihat dalam versi komik, Yelena juga merupakan karakter yang menggunakan alter-ego Black Widow. 

Sumber: Games Radar


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee