Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Joel Kinnaman Dedah The Suicide Squad R-Rated Yang Berat & Puji Komedi John Cena


Semasa acara DC FanDome bulan lalu, The Suicide Squad telah membuat peminat tidak sabar untuk menonton filem terbaru James Gunn, dan kini pelakon utamanya, Joel Kinnaman menambah lagi keterujaan peminat. 

Ketika bercakap kepada The Hollywood Reporter baru-baru ini, Kinnaman (yang memainkan peranan Rick Flag) memuji cara James Gunn membikin filem adaptasi komik DC itu, dan mengesahkan filem akan datang berstatus ‘R-rated’. Bukan itu sahaja, pelakon tersebut turut memuji John Cena yang sangat lucu.

That movie is going to be insane,”

“The script is so funny. Every page of that script was funny, and every page made me laugh. James just has this command of that genre, but also over every aspect of comedy and even the marketing. He just understands the world so well, and since he wrote it, he really reinvents not just the concepts, but also the characters.”

“For me, it was like I did my first comedy, but it’s like heavily R-rated,”


So much of the action is practical with real explosions, and yeah, that movie is going to be insane. It’s such a great cast that he put together. John Cena, that mother[frick]er is a comedic genius. No one would make us laugh on set more than John. Every scene he was in, he would go on an improvised tangent. There are so many chops in that cast, and James has such a command of it all.”

The Suicide Squad dibarisi beberapa pelakon asal seperti Viola Davis, Margot Robbie, Jai Courtney dan Joel Kinnaman. Mereka akan memainkan peranan yang sama dalam filem 2016, iaitu sebagai Amanda Waller, Harley Quinn, Captain Boomerang, dan Rick Flag.

Turut menyertai barisan pelakon adalah Michael Rooker sebagai Savant, Flula Borg sebagai Javelin, David Dastmalchian sebagai Polka Dot Man, Daniela Melchior sebagai Ratcatcher 2, Idris Elba sebagai Bloodsport, Mayling NG sebagai Mongal, Peter Capaldi sebagai Thinker, Alice Braga sebagai Solsoria , Pete Davidson sebagai Blackguard, Natha Fillion sebagai TDK, Sean Gunn sebagai Weasel, John Cena sebagai Peace Maker dan Steve Agee sebagai King Shark.

Filem terbaru ini ditulis dan diarahkan oleh Gunn, manakala Charles Roven dan Peter Safran sebagai penerbit. The Suicide Squad akan ditayangkan pada 6 Ogos 2021.

 


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee