Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Berperang Dengan Atuk Dalam Trailer THE WAR WITH GRANDPA


Apabila kebebasan si cucu tergugat dengan kehadiran datuknya, maka bermulalah perang diantara mereka berdua. 

101 Studios dan Brookdale Studios telah melancarkan trailer rasmi The War With Grandpa yang menampilkan pelakon veteran Robert De Niro dan pelakon kanak-kanak Oakes Fegley dalam filem komedi kekeluargaan. Anda boleh saksikan trailer dan poster dibawah. 

Berdasarkan buku tulisan Robert Kimmel Smith, The War with Grandpa menceritakan pergaduhan lucu diantara kanak-kanak bernama Peter (Fegley) dengan datuknya. 

Seperti kanak-kanak biasa, Peter gemar bermain permainan video, melepak dengan kawannya dan sangat menyayangi kasut Air Jordans miliknnya. Tetapi apabila datuknya mula tinggal bersama keluarga, Peter terpaksa melepaskan benda yang paling disayanginya, iaitu bilik tidur. 

Tidak mahu membiarkan ketidakadilan seperti itu berlaku, Peter merancang satu siri pranks, dengan harapan datuknya akan keluar dari biliknya. Tetapi, atuk Peter tidak mahu menyerah begitu sahaja. Lalu berlakulah pertembungan diantara kedua-dua mereka sehingga menyebabkan akibat yang tak dijangka. 


Filem komedi ini turut menampilkan pelakon-pelakon bintang seperti Christopher Walken, Uma Thurman, Rob Riggle, Cheech Marin, Laura Marano, dan Jane Seymour.

Diarahkan Tim Hill dari lakonlayar yang ditulis Tom J. Astel dan Matt Ember, The War with Grandpa akan ditayangkan dipawagam Amerika Syarikat pada 9 Oktober ini. Tayangan di Malaysia masih belum diumumkan.

 


Related posts

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee

THE EXORCIST: BELIEVER Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 5 Oktober Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Squid Game: The Challenge Akan Tiba Di Netflix Pada 22 November Ini

Kakimuvee