Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Lee Min-Ho Bakal Ambil tindakan Pada Pengguna Media Sosial Yang Meninggalkan Komen Berniat Jahat

Agensi MYM Entertainment akan mengambil tindakan terhadap pengguna media sosial yang sengaja menyebarkan berita palsu dan meninggalkan komen berniat jahat terhadap aktor terkenal Korea Selatan, Lee Min-Ho.

Sehubungan dengan itu, firma perundangan LIWU Law Group yang berpengkalan di Seoul, telah pun mengeluarkan satu kenyataan pada 12 Ogos bahawa mereka sedang memantau komen-komen sebegitu di media sosial.

“Firma perundangan sedang memantau perkongsian-perkongsian tidak berasas terhadap aktor MYM Entertainment Lee Min-Ho yang mengandungi kecaman, gangguan seksual, laporan palsu dan spekulasi berniat jahat.   

“Kami sedang mengumpul bahan bukti berkenaan daripada pihak yang telah membuat perkongsian secara dalam talian seperti DC Inside, kafe dan blog, menasihat atau meminta ia dipadam, mencipta data berkenaan pengguna media sosial yang meninggalkan komen-komen berniat jahat dan memfailkan laporan.

“Kami juga sedang mengumpul bahan bukti dan menyenaraikan mereka yang meninggalkan komen-komen sebegitu berdasarkan maklumat yang diberi daripada alamat e-mel MYM Entertainment, jadi kami berharap dapat menerima lebih banyak maklumat,” ujar pihak LIWU yang dipetik dari KStar Live.

Ini bukan kali pertama agensi Lee Min-Ho mengambil tindakan sedemikian. Pada Mei 2019, pelakon drama The King: Eternal Monarch itu turut berdepan isu yang sama. 

Sumber: Cinema Online

Related posts

“Royal Secret Agent” Terus Kukuh, “She Would Never Know” Cipta Rekod Peribadi

Zulaikha

Song Joong Ki Bertukar Menjadi Mafia Yang Tiada Perasaan Dalam Drama Terbaru Vincenzo

Zulaikha

Pelakon Korea Selatan, Song Yoo-Jung Meninggal Dunia

Zulaikha

FANTASTIC FEBRUARY K-DRAMAS THAT WILL BLOW YOU AWAY

Zulaikha

Musim Kedua “The Uncanny Counter” Bakal Dihasilkan

Zulaikha

Love (Ft. Marriage And Divorce) Bermula Baik, Hadapi Saingan “Mr. Queen”

Zulaikha

Leave a Comment

Add your own review

Rating