Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Benedict Cumberbatch Tidak Sabar Untuk Kembali Sebagai Doctor Strange


Selepas Thanos menggunakan kuasa yang ada pada Infinity Gauntlet, hampir separuh populasi galaksi telah lenyap termasuklah ahli-ahli Avengers dan Guardians of the Galaxy. Antara adiwira yang terkesan dengan perbuatan Thanos adalah Doctor Strange apabila dia turut ‘lenyap’ bersama-sama adiwira yang lain.

Walaupun karakternya mati dalam filem Avengers: Infinity War, pelakon Benedict Cumberbatch tidak dapat menyembunyikan perasaan teruja beliau untuk kembali membawakan karakter Doctor Strange dalam filem-filem Marvel akan datang.

“Oh, Strange? Just try to stop me. That’s all kind of lined up as far as I’m aware, but who knows? I mean, you know, the problem is, how does he get out of where he’s at. But that’s the only thing. I’m bits of dust at the moment as far as I understand. So you really have to ask [Marvel Studios President] Kevin Feige. But as far as wanting to do it, yeah, I would love to go back into that role.”

Filem pertama Doctor Strange mula ditayangkan pada tahun 2016 dan telah menerima respond yang cukup positif dikalangan peminat. Sejak dari situ, karakter tersebut menjadi antara karakter popular dalam dunia Marvel Sinematik (Marvel Cinematic Universe – MCU).

Walaupun popular, peminat masih tidak mengentahui sama ada sekuel Doctor Strange akan berada dalam fasa 4 MCU atau pun tidak memandangkan pihak studio masih merahsiakan perancangan Fasa 4 mereka sehingga selesai tayangan filem Avengers 4.


Doctor Strange dijangka akan kembali dalam filem Avengers 4 walaupun terbunuh dalam flem Infinity War.


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee