Universal Pictures dan Blumhouse Productions telah melancarkan trailer pertama filem slasher berjudul Halloween. Anda boleh tonton trailer tersebut dipemain video dibawah.
Jamie Lee Curtis dan Nick Castle kembali membawakan watak mereka dari filem pertama sebagai Laurie Strode dan Michael Myers. Selain itu juga, ia turut dibintangi Judy Greer, Andi Matichak, Will Patton, dan Virginia Gardner.
Filem ke-11 dari franchise Halloween ini diambil 40 tahun selepas kejadian dari filem pertama dan mengabaikan kesinambungan filem-filem sebelum ini. Ia mengisahkan Laurie Strode yang kembali berkonfrontasi buat kali terakhir dengan Michael Myers, lelaki bertopeng yang memburunya selepas dia berjaya menyelamatkan diri dari dibunuh oleh lelaki tersebut pada malam Halloween 4 dekad yang lalu.
David Gordon Green merupakan pengarah filem ini dan beliau juga turut menulis lakonlayar bersama-sama penulis Danny McBride. John Carpenter bertindak selaku penerbit eksklusif dan juga konsultan kreatif bersama – sama Jason Blum.
Halloween bakal ditayangkan pada 19 Oktober 2018