Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Alchemy Of Souls” Untuk Kuasai Kedudukan No.1 Drama & Pelakon Paling Popular


Drama tvN Alchemy of Souls mengakhiri minggu akhir bahagian pertama dengan mengambil-alih kedudukan pertama drama dan pelakon paling popular. 

Menurut Good Data Corporation (via Soompi), drama itu menguasai tempat pertama untuk kedua-dua senarai mingguan drama dan pelakon paling popular, menggantikan tempat yang sebelum ini dikuasai Extraordinary Attorney Woo.

Alchemy of Souls mendominasi carta mingguan pelakon paling popular dengan Jung So Min, naik ketangga pertama, diikuti Lee Jae Wook ditangga ketiga, Go Yoon Jung di tangga keempat dan Jo Jae Yoon ditangga kesembilan. 

Dua bintang Big Mouth, Lee Jong Suk dan YoonA menunjukkan peningkatan dengan menduduki senarai ditempat kedua dan kelima.

Drama KBS2TV It’s Beautiful Now menguasai tempat ketiga dalam senarai drama untuk minggu ini, diikuti drama JTBC The Good Detective 2 yang naik ketangga keempat.


10 drama teratas paling popular pada minggu keempat bulan Ogos adalah seperti berikut:

  1. tvN – Alchemy of Souls
  2. MBC – Big Mouth
  3. KBS2 – It’s Beautiful Now
  4. JTBC – The Good Detective 2
  5. ENA – Good Job
  6. KBS2 – Gold Mask
  7. KBS2 – Café Minamdang
  8. tvN – Poong, The Joseon Psychiatrist
  9. SBS – Today’s Webtoon
  10. KBS1 – Bravo, My Life

10 pelakon teratas paling popular pada minggu keempat bulan Ogos adalah seperti berikut:

  1. Jung So Min (Alchemy of Souls)
  2. Lee Jong Suk (Big Mouth)
  3. Lee Jae Wook (Alchemy of Souls)
  4. Go Yoon Jung (Alchemy of Souls)
  5. YoonA (Big Mouth)
  6. Yuri (Good Job)
  7. Jung Il Woo (Good Job)
  8. Cha Ye Ryun (Gold Mask)
  9. Jo Jae Yoon (Alchemy of Souls)
  10. Nam Sang Ji (Bravo, My Life)

Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee