Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Warner Bros. Batalkan Acara DC FanDome 2022


DC FanDome tahun ini telah dibatalkan, menamatkan acara maya selama dua tahun yang dihoskan oleh DC Comics dan Warner Bros. Discovery.

Konvensyen peminat secara maya tidak akan berlangsung tahun ini berikutan kembalinya acara secara bersemuka di seluruh dunia, menurut Warner Bros. Discovery. 

Walaubagaimanapun, tidak jelas sama ada ia adalah satu-satunya sebab pembatalannya. Filem-filem DC yang akan datang telah banyak dipersembahkan semasa acara San Diego Comic-Con, dan kemungkinan besar, itu telah menyumbang kepada keputusan untuk tidak lagi menjadi hos acara konvensyen maya.

“Dengan kembalinya acara secara bersemuka, Warner Bros. Discovery teruja untuk berinteraksi dengan peminat kami secara langsung di pelbagai acara ‘Comic-Con di seluruh dunia, dan tidak akan menjadualkan DC FanDome untuk tahun 2022,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Warner Bros. Discovery.

Spekulasi mengenai DC FanDome telah mula diperkatakan sejak DC mengumumkan kehadiran mereka di San Diego Comic-Con. 


Dengan Warner Bros. Discovery mula menumpukan acara bersemuka bersama peminat, berkemungkinan besar mereka akan hadir dalam acara New York Comic-Con yang akan berlangsung awal Oktober ini.


Related posts

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

Warner Bros. Discovery & UNIFI Memperluaskan Kerjsama Dengan Pelancaran Pek HBO & HBO GO Di UNIFI TV

Kakimuvee

HOT WHEELS: Mattel Mengadakan Pertemuan Dengan Pengarah

Kakimuvee

Superman Legacy: David Corenswet & Rachel Brosnahan Disahkan Bawa Watak Superman & Lois Lane

Kakimuvee

SUPERMAN LEGACY: Adik Beradik Skarsgård Disenarai Pendek Untuk Watak Lex Luthor

Kakimuvee

Christian Bale Enggan Membuat Penampilan Cameo Dalam Filem The Flash

Kakimuvee