Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Anime

Akira Toriyama ‘Tease’ Watak Yang Tidak Dijangka Dalam “Dragon Ball Super Movie 2”


Selepas pengumumannya bocor lebih awal, kini filem anime Dragon Ball Super Movie 2 disahkan secara rasmi akan dilancarkan pada tahun hadapan!. 

Pengumuman tersebut dibuat pada Hari Goku, yang berlangsung pada 9 Mei yang lalu. Bagaimanapun, butiran plot tidak didedahkan Toei Animation. Pencipta Dragon Ball, Akira Toriyama akan terlibat dalam filem akan datang, dan dia menggoda peminat mengenai karakter yang tidak dijangka dalam filem akan datang. 

“Sebuah filem baru sejak Dragon Ball Super: Broly sedang dalam pembikinan!” kata Toriyama. 

“Sama seperti filem sebelumnya, saya akan memimpin produksi cerita dan dialog untuk satu lagi filem yang menakjubkan. Saya sebenarnya tidak boleh terlalu banyak membincangkan plotnya, tetapi bersiaplah untuk menghadapi pertarungan yang hebat dan menghiburkan, yang mana ia mungkin mempunyai watak yang tidak dijangka.”

“Kami akan meneroka estetika visual untuk memberikan kepada penonton perjalanan yang luar biasa, jadi saya harap semua orang menantikan filem terbaru ini! “


Adaptasi anime Dragon Ball Super berakhir pada bulan Mac 2018 selepas menayangkan 131 episod. Namun begitu, edisi manga masih berterusan, jadi ada banyak pekara yang boleh diadaptasikan. Secara tipikalnya, filem Dragon Ball dipenuhi dengan kandungan asli, jadi jangan terkejut jika halatuju filem terbaru itu menunju kearah lain.


Related posts

Akira Toriyama Umum Anime Baharu Dragon Ball Daima, Tonton Trailer Disini

Kakimuvee

Anime Yang Dinantikan “TOKYO REVENGERS: TENJIKU ARC” Akan Membuat Debut Di Disney+ Hotstar Pada 4 Oktober Ini

Kakimuvee

Filem Keempat My Hero Academia Diumumkan Dalam Satu Teaser Trailer

Kakimuvee

Menjelang Episod Terakhir, Attack on Titan Keluarkan Trailer Terbaru

Kakimuvee

Tarikh Tayangan Jujutsu Kaisen Musim 2 Telah Diumumkan

Kakimuvee

[VIDEO] Tonton Trailer Pertama ‘Spy x Family Code: White’

Kakimuvee