Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
AnimeBeritaOfficial Trailer

Filem Keempat My Hero Academia Diumumkan Dalam Satu Teaser Trailer


Teaser trailer untuk filem terbaru My Hero Academia telah dilancarkan, dengan laman Twitter rasmi anime itu mengesahkan perancangan filem keempat itu.

Setakat ini, filem My Hero Academia 4 masih belum mempunyai tarikh tayangan rasmi. Pencipta siri, Kohei Horikoshi akan menjadi penyelia utama dan mengetuai rekabentuk karakter 

Filem itu akan ditetapkan semasa musim keenam siri anime, yang telah dikeluarkan pada Oktober 2022 dan mengandungi 25 episod. Selain itu, Musim ketujuh juga telah disahkan. 

Musim keenam memaparkan kebangkitan Shigaraki untuk berkuasa dan keruntuhan masyarakat wira, serta tempoh Deku sebagai penjaga selepas meninggalkan UA dan akibat daripada tindakan tersebut. Tiada butiran konkrit mengenai plot filem baharu itu namun, jangkakan lebih banyak maklumat lanjut dalam beberapa bulan yang akan datang.

Anda boleh tonton teaser trailer filem My Hero Academia 4 dibawah:



Related posts

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Akira Toriyama Umum Anime Baharu Dragon Ball Daima, Tonton Trailer Disini

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee

THE EXORCIST: BELIEVER Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 5 Oktober Ini

Kakimuvee