Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

The Flash: Pandangan Pertama Jordan Fisher Sebagai Impulse

Baru-baru ini, pelakon Jordan Fisher telah dipilih untuk memainkan watak Bart Allen / Impulse dalam siri The CW,  The Flash. Kini, peminat berpeluang untuk melihat pandangan pertamanya menerusi foto set penggambaran rancangan itu. Anda boleh melihat gambar fisher sebagai Impulse dibawah. 

Menurut keterangan watak rasmi, Impulse adalah anak Barry Allen dan Iris West-Allen dari masa hadapan, dan “Bart adalah remaja terpantas di planet ini.” Huraiannya kemudian berbunyi, “Kerana tingkah laku Bart yang impulsif, Barry dan Iris, yang terkejut, berusaha untuk mengajar anaknya arti kesabaran. Itu adalah tugas yang harus mereka laksanakan, agar mereka sekeluarga dapat bekerjasama dan menghentikan ancaman terbesar yang dihadapi Team Flash”.

Siri ini dibintangi Grant Gustin sebagai Barry Allen / The Flash, Candice Patton sebagai Iris West, Danielle Panabaker sebagai Caitlin Snow, Carlos Valdes sebagai Cisco Ramo, Jessica Parker Kennedy sebagai Nora West-Allen aka speedster XS, Danielle Nicolet sebagai Cecile Horton dengan Tom Cavanagh sebagai Dr. Harrison Wells, dan Jesse L. Martin sebagai Detektif Joe West.

Berdasarkan watak-watak dari DC Comics, siri ini diterbitkan Bonanza Productions Inc. dengan kerjasama Berlanti Productions dan Warner Bros. Television. Greg Berlanti, Sarah Schechter, dan Todd Helbing berfungsi sebagai penerbit eksekutif.

Related posts

Cheryl Hines & Margaret Cho Sertai Musim Ke-2 The Flight Attendant

Kakimuvee

Siri Netflix “Cowboy Bebop” Meluaskan Dunia Anime, Tetapi Tidak Melanggar Canon

Kakimuvee

Netflix Lancarkan Trailer Musim Ketiga “You”

Kakimuvee

Final Frontiers: Exploring Unchartered Territories With BBC Earth

Kakimuvee

[VIDEO] Musim Ketiga Doom Patrol Season 3 Akan Ditayangkan Pada 23 September Eksklusif Di HBO GO

Kakimuvee

Krysten Ritter Sertai Elizabeth Olsen Dalam Minisiri “Love and Death”

Kakimuvee

Leave a Comment